Tuesday, October 11, 2016

Lagi Rasuah, Pen. Pegawai Keselamatan JPM Pula.

Hasil carian imej untuk rasuah

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pegawai Keselamatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching atas 16 pertuduhan menerima rasuah lebih RM200,000 dua tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media berkata, tertuduh, Mohd. Don Adi Morshidi, 34, dituduh melakukan perbuatan itu sewaktu dia bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Mohd. Don sebelum ini bertugas di HUS didakwa menerima wang tunai berjumlah RM201,351 daripada Kassim Rosli menerusi 16 keping cek atas nama Doliyana Dina Anak Deris dan Velerie Anak Michael.
“Kassim Rosli dipercayai mempunyai tugas rasmi dengan tertuduh iaitu membekalkan pengawal keselamatan di HUS,” kata kenyataan itu hari ini.
 
Menurut SPRM, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Public Bank Stutong, 71, 72 & 73, Stutong Parade, Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak dan Alliance Bank Jalan Abell, 178, Jalan Chan Chin Ann.
Kata kenyataan itu, kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 30 Januari dan 16 Disember 2014.
Jelas kenyataan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan Mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Hakim membenarkan Mohd Don dijamin RM6,000 dengan dua orang penjamin bersama bon RM10,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 11 November 2016,”kata SPRM. (IH)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails