Tuesday, October 11, 2016

Siti Kasim, Peguam Ini Bantah Patuhi P/Persekutuan 'Islam sebagai agama rasmi negara'.

jari tengah

DILAPORKAN seorang peguam dan aktivis, Siti Kasim ‘berani’ menunjukkan isyarat lucah ketika menghadiri program wacana dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

Perkara itu dikongsikan Siti Kasim di laman Facebooknya hari ini dengan menjelaskan pertemuannya dengan seorang pegawai polis kira-kira jam 8 malam.
Tunjuk Isyarat Lucah, Siti Kasim 'Serah Diri' Malam Ini
Pada program forum pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Shah Alam pada September lalu, Siti Kasim ‘menghadiahkan’ isyarat jari tengah kepada peserta yang menganggunya ketika bertanyakan soalan.
Ketika itu, Siti berdiri mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan ia ‘antara saya dan Tuhan’.


Beliau bagaimanapun berkata tidak kesal dengan tindakan peserta yang dirujuknya sebagai ‘Islamofascists’ dan didakwa mengganggunya terlebih dahulu.
“Adakah saya menyesal melakukannya? Dalam keadaan ini saya tidak mempunyai cara lain untuk menyatakan rasa meluat saya kepada mereka yang mengganggu saya.
“Ya, saya akan lakukan apa saja untuk mereka yang berhak dapat one finger salute.
“Tegakkan perlembangaan dan jangan biarkan Islamofascists ini menentukan untuk kita,” tulisnya di Facebook.
Siti juga turut meluahkan rasa marahnya dengan memuat gambar isyarat jari tengah dengan slogan ‘Hold your head high and your middle finger higher’ (Angkat kepala anda tinggi dan jari tengah anda lebih tinggi lagi). Lapor MYNEWSHUB.CC

Sementara itu, di Bangi pul semalam, yang dikatakan aktivis liberal, Siti Zabedah Kasim tersebut, telah disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan kelakuan biadab menunjukkan jari tengah kepada hadirin sebuah forum bulan lepas.


Beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya kerana telah mengeluarkan ‘perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang‘.
Dia yang merupakan seorang peguam telah memberi keterangan di IPD Shah Alam dengan kehadiran peguamnya.
“Saya diberitahu saya disiasat mengikut Seksyen 509 (Kanun Keseksaan). Siasatan berjalan baik dan mereka (polis) menjalankan tugas dengan profesional),” katanya kepada sebuah portal liberal.
Ketika forum mengenai RUU 355 pada 5 September lalu, Siti Kasim menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin setelah berang diganggu ketika memberikan pandangan menentang cadangan pindaan Akta 355.
Kanun Keseksaan (Akta 574) menetapkan bahawa ‘barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya‘.

(IH)


4 comments:

Anonymous said...

Mula mula baca saya rasa macam nak marah.. Tapi selepas berfikir sejenak kemarahan itu terpaksa saya pendam sahaja...sebab kena refer kepada Dap dahulu samada adakah perkara ini relevan atau tidak untuk ditegur... :-(

Ir Anonymous said...

Tak fahamlah maksud saudara ni.. Sila PAN jelaskan maksudnya..

Anonymous said...

Ir Anonymous...maksudnya disini...kita janganlah suka buat keputusan sendiri dalam bertahaluf ni...kena refer dulu pada rakan tahaluf sebelum nak menghukum bab2 sensitif ni...kalau tak refer tu bukan tahaluf tapi tahallol namanya...contohnya siapa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan iaitu Pas...

Anonymous Esq said...

Jurutera Pas pun bodoh2 belaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails