Tuesday, October 11, 2016

PAS Tidak Sertai Demo Bersih 5, Ganti Munajat Bagi Pindaan Akta 355?

PAS Umum Tidak Sertai Bersih 5

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan parti itu tidak akan menyertai demonstrasi jalanan secara besar-besaran Bersih 5 pada 19 November depan.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan Himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh yang akan diumumkan nanti.
“Sementara 14, 15 dan 16 Oktober ini, seluruh ahli PAS akan berkampung di Balai Islam Telok Mas, Melaka bagi menyertai Ijtimak Tarbawi 5.0 dan Munajat Perdana bagi Pindaan Akta 355,” umumnya dalam satu kenyataan.
Bersih 5 anjuran gerakan anti-kerajaan bakal diadakan dengan kerjasama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) daripada Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Penganjur perhimpunan itu mendakwa demonstrasi jalanan itu kononnya bagi menegakkan demokrasi, tetapi malangnya ia kelihatan dengan jelas memperjuangkan kepentingan politik pembangkang dan agenda golongan liberal.
Perhimpunan Bersih sebelum ini turut didakwa diresapi kumpulan yang memperjuangkan hak asasi secara melampau termasuk kebebasan mengamalkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.
Lebih malang apabila penganjuran Bersih 4 pada tahun lalu menyaksikan peserta demontrasi itu mengadakan acara memijak-mijak gambar dua pemimpin parti terbesar kaum Melayu iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lapor mynewshub.cc

14 comments:

Ir Anonymous said...

Terbaek PAS.. Jangan sesekali kita tunduk kpd harbi spt mereka..

Anonymous said...


Maaf tuan anon di atas,

Jangan sebut begitu, kerajaan Islam belum tegak bagaimana nak tentukan kafir itu harbi atau zimmi?

Anonymous said...

ruu 355 undang2 sekular ciptaan manusia jugak bkn Hudud Allah. Sebab tu boleh ada pindaan, berubah2 dan didenda ringgit malaysia.

Ir Anonymous said...

Tak payah nak sentap sangat dgn perkataan harbi tuh.. Takde pun saya gunakan perkataan kafir.. Tuan terasa ke kerana tunduk kpd kafir?

Anonymous said...

Walaun penjual agama ni sesat betul. Org bertanya dituduh tunduk kpd kafir..walaun2 tolol Pas berfikir guna siku dan lutut. Apa yg pemimpin2 parti jual agama ckp angguk2 geleng2 suka ditipu dulu, kini dan selamanya.

Puak2 sesat spt kamu jd perosak ummah dan pemecahbelah keharmonian kaum di negara ini. Pemimpin2nya sibuk nak jadi tuhan yg kerjanya menghukum org.

Ir Anonymous said...

Tolong perhatikan betul2 apa yg saya tulis ye tuan.. Takde apa2 tuduhan pun selain hanya sekadar soalan. Kalau jawabannya tidak tunduk kpd kafir jawab shj TIDAK.. tak perlu SENTAP..

Anonymous said...

Samalah alasan puak yahudi yg cakap berbelit2. RUU ini pindaan kpd undang2. Hudud kelantan supaya boleh dilaksanakan mengikut perlembagaan negara. Kena faham kaedah usul fiqh kalau tak dapat buat semua jgn tinggal semua. Puak ni jugaklah dulu bila nak gubal hudud sepenuhnya kata tak sesuai sebab org kafir tak setuju. Nak buat Islam kena mintak persetujuan DAP dulu baru boleh buat. Inilah yg dikatakan dayus.

Anonymous said...

Tuduhan tunduk pada kafir tu ajaran sesat mana? walaun ni tahap tuhan ke? Hidayah tu milik Allah bkn milik Pas atau walaun penjual agama.

Anonymous said...

Tgk je lah nnt mcm mana Hadi dan geng2 lebai berbahas di parlimen ttg undang2 yg mrk cipta sendiri tapi tk faham. Umat Islam, ahli2 parti dan walaun2 yg tolol telah ditipu parti penjual agama dulu, kini dan selamanya .

Jual kacang almond said...

Keren banget nih postingannya,, tulisannya bagus

Anonymous said...

Lebai porno bila nak bayar hutang? Rm10ribu sahaja, baru 10% harga vellfire tu, takkan tak mampu? Ke memang dah ada nawaitu taknak bayar? Dah le kerje dia fitnah orang, denda taknak bayar pulak. Ni manusia ke anak setan ke?

Jual Green Coffee said...

betul banget, aku setuju nih dengan postingan diatas, memang harusnya begitu, mantap deh, trima kasih dan salam kenal

TRAVEL MALANG JEMBER said...

tulisannya bagus

MESIN TETAS TELUR said...

demo memang kadang bikin macet hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails