Wednesday, October 12, 2016

Mahkamah Tangguh Keputusan Semakan Anwar Terhadap Sabitan Liwat

Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata mahkamah akan bersidang semula pada tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan lima barisan hakim terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Anwar memfailkan permohonan semakan agar Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.Jika permohonan semakan ini berjaya, beliau boleh dibebaskan dari penjara dan ini boleh membuka jalan kepada beliau untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, di luar mahkamah ratusan penyokong Anwar berkumpul bagi mengetahui keputusan hari ini. (MD)

1 comment:

Anonymous said...

Di wajibkan sokong parti yg ada kuasa dan ada duit sahaja......

Ada faham kamu.....anak anak.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails