Thursday, October 13, 2016

Haramkan Aktiviti Agama Rakyatnya Di Sekolah Wilayah Xinjiang.

Hasil carian imej untuk china tindas islam Muslim Uighur solat Jumaat sebelum 1 November 2016 ini..
BEIJING,12 Muharram 1438H, Khamis – China sekali lagi mendiskriminasi penduduk Islam di negaranya apabila mengharamkan semua aktiviti keagamaan di sekolah-sekolah wilayah Xinjiang.
Peraturan pendidikan baharu yang dikuatkuasakan pada 1 November ini menyatakan bahawa ibu bapa atau penjaga tidak boleh memaksa kanak-kanak bawah umur daripada menghadiri aktiviti keagamaan.
Selain itu, para ibu bapa juga ditegaskan supaya tidak menggalakkan kepercayaan agama dalam diri anak-anak mereka.
Peraturan itu turut mahukan ibu bapa yang tidak mampu membimbing anak-anak mereka menjauhi ajaran agama, mereka perlu memohon anak-anak dihantar ke sekolah khas bagi ‘menjalani pemulihan’.
Pihak berkuasa difahamkan sebel ini telah menutup beberapa buah sekolah agama persendirian atau madrasah di Xinjiang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Meskipun pelbagai penindasan dilakukan, kerajaan China tetap menafikan pihaknya menindas penduduk Uighur di Xinjiang dan menegaskan undang-undang, budaya dan hak beragama etnik itu dilindungi sepenuhnya. – Agensi

1 comment:

naim said...

mmg negara celaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails