Wednesday, October 12, 2016

Anak Haram, Ini 11 Perkara Penyelesaian.. -Pemuda PAS Perak.

Hasil carian imej untuk anak haram

DI SINI diperturunkan 11 perkara mengenai anak luar nikah dan apa penyelesaiannya, seperti kenyataan media Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Hafez Sabri, semalam.

1) Malaysia kini menjadi perhatian negara umat Islam yang sedang membangun. Ironisnya pembangunan material dan bangunan pencakar langit tidak seiring dengan pembangunan moral dan akhlak yang jahiliah jauh rendah ke dasar bumi bagi segelintir anak muda Malaysia.
 2) Dalam tempoh lima tahun sahaja (2011-2015) sudah 263 691 orang anak tidak sah taraf telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia( KKM) pula mendedahkan pada tahun lalu remaja yang berusia 10 hingga 19 tahun yang telah mengandung anak luar nikah adalah sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 orang.
3) Kes-kes rogol juga antara penyumbang kelahiran bayi luar nikah ini. Statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan peningkatan kepada 12, 473 kes dari tahun 2011 sehingga jun 2015. Daripada jumlah ini, 93.5 peratus melibatkan remaja 13 hingga 18 tahun.
Secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam tempoh sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara. Ini bermakna setiap jam sekurang kurangnya 2 orang anak luar nikah lahir di Malaysia. Statistik yang dibuat ini hanya melibatkan kes yang direkodkan. Bagaimana pula kes yang tidak direkodkan?
5) Inilah jahiliah moden yang semakin berleluasa. Jika ianya tidak dibendung segera, maka rosaklah sistem kekeluargaan di Malaysia. Lebih menyedihkan apabila bayi yang tidak berdosa ini mati dibuang dan dibunuh kejam oleh ibubapa berwajah manusia tetapi jiwanya lebih teruk dari haiwan.
6) Islam amat mementingkan maruah dan keturunan. Salah satu dari maqasid syar'iyah adalah penjagaan maruah. FirmanNya dalam surah Isra' ayat 32 yang bermaksud:
_"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."_
Menghampirinya sudah ditegah,apatah melakukan penzinaan. Pergaulan bebas tanpa batasan akhirnya membawa kepada kecenderungan zina. Kemudian lahirlah anak luar nikah, lalu terjadilah jenayah buang anak.
7) Islam hadir dengan penyelesaian dengan hukuman yang mendidik. Perlaksanaan hudud amat teliti dan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam menjatuhkan hukuman. Bagi pelaku yang belum berkahwin, dilaksanakan sebat 100 kali kepada pesalah dengan konsep sebatan menepati syarak.
8) Keindahan hukum Islam harus difahami dengan baik. Perlaksanaannya lebih kepada mendidik bukan menghukum. Tidak padan melanggar hukum tuhan dan mencemarkan maruah wanita serta merosakkan keturunan hanya dikenakan denda RM3000, penjara tidak lebih 5 tahun dan sebat tidak lebih 6 kali.
9) Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyeru kepada ahli Parlimen di seluruh Malaysia untuk menyokong pindaan Akta 355 bagi memartabatkan mahkamah syariah dan membentuk masyarakat madani di Malaysia.
10) DPPN Perak juga menyarankan agar Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan JAKIM dalam merangka modul pendidikan seks bagi mendidik ibubapa dan remaja dalam memahami kepentingan menjaga maruah dan keturunan serta pembangunan sosial negara.
11) DPPN Perak juga menasihati rakyat agar lebih cakna dalam mendepani isu-isu sosial dan mengajak untuk terus menyokong usaha membangunkan Malaysia yang lebih sejahtera.
9 Muharram 1438H / 10 Oktober 2016

5 comments:

Poor Indon said...

masalahnya...yang pakai nama 'islam' dan ngaku Islam TAPI tak nak sokong sebab takut tak dapat undi kapir pada pilihanraya akan datang!

Anonymous said...

RUU 355 undang2 sekular ciptaan manusia bkn hudud. Parti jual agama peralatkan Islam setiap pru tipu umat Islam dan ahli2 parti sbb takut tk dpt undi melayu. Pemimpin2nya sibuk nak ambik alih tugas Allah menghukum org sana sini.

Anonymous said...

Harga getah asli wajar di turunkan lagi ke paras harga 50 SEN berkilo....kerana boleh memberi rangsangan kepada kilang2 IKS supaya dapat mengeluarkan kondom kondom yg berkualiti tinggi dengan harga murah....

Tindakan ini dapat mendidik murid2 sekolah rendah agar mempratikkan seks yg sehat dan betul....

Dapat juga melahirkan usahawan serta ajen 2 kondom di FELDA2 di seluruh negara supaya lebih meriah dan dapat menarik pelancung

Adalah di cadangkan saiz kondom yg akan di hasilkan kelak mesti besar,panjang , keras,dan sedikit menggerutu dan ada pelbagai warna.

Adalah juga di cadangkan agar projek ini diletakkan di bawah jagaan menteri di jabatan perdana menteri..dan nama menteri yg sesuai dan paling layak ialah IBNU HASYIM.....

Anonymous said...

Menteri jaga kondom...kah.kah.kah .wek ...wekkkkkk

Anonymous said...

Saiful Azmi Husin...guna la sikit akal kamu tu...satu soalan simple je aku nak tanya ni. Apa tujuan kita berpati? Nak lawan parti lain kan? Apa matlamat lawan? Nak MENANG kan? Nak mewujudkan pentadbiran yang telus dan amanah kan? Kalau kalah pentadbiran jenis apa yang boleh kamu tegakkan?

Jadi kalau nak menang kenalah guna strategi.... tak kira lah undi daripada kapir ke, tapir ke atau undi daripada siapa je... Kalau tapir tu boleh gi mengundi, maka dengan tapir tu pun kita wajib pegi kempen agar mengundi kita. Ya betul, bunyi macam kasar tapi thats the logic!! tanpa undi nak menang apa?? Am I right?? Bila dah menang nanti barulah fikir nak buat apa...kalau tapir tu melawan dan buat hal pulak kemudian hari nanti, hah buat je la sup.

Tapi kalau kalah... satu hapa tak boleh buat. Takkan itu pun nak kena ajar... Memang betul la orang2 Pas ni pendek akal. Cuma tau bab hukum hakam je. Strategy out. Pakatan Rakyat dah terlalu hampir menuju Putrajaya dah sebab BN kini dah lemah. Tapi musnah impian dek kerenah Pas yang kunun-kunun mempertahankan Islam sampai sanggup berpecah dengan Dap. Nasib baik jeneral2 handsome dalam Pas yang bijak pandai telah keluar membina khemah baru yang lebih moden dan canggih.

Tapi kalau ada orang2 Pas yang kurang educated macam Saiful Azmi Husin ni nak mohon keahlian Pan, elok direject jelah sebab level pemikiran low class!!. Buat hapa, nanti jadi virus je dalam parti. Tapi kalau nak mengundi, you're most welcome bro :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails