Monday, August 22, 2016

Rasuah: Reman Pengarah JKR Melaka Disambung.



MELAKA - Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Khalid Omar disambung reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pe­ngubahan wang haram.
Perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi.
Terdahulu, Khalid, 56, yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan selama seminggu yang berakhir hari ini tiba di Kompleks Mahkamah Melaka pada pukul 9.10 pagi dan meninggalkan mahkamah kira-kira sejam kemudian.
Permohonan reman ke atas pegawai kanan itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 16 Ogos lalu, akhbar melaporkan SPRM membekukan akaun simpanan berjumlah lebih RM13 juta milik tiga penjawat awam termasuk dua daripadanya yang berpangkat Datuk dan Datuk Seri.
Mereka yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. - K! ONLINE

8 comments:

Anonymous said...

Pemakan rasuah lebih hina dari pelacur dan penagih dadah, Kesan dari perbuatan rasuah lebih parah dari Pelacuran dan dadah. Dadah dan pelacuran hanya mudarat kepada yang terbabit..tapi rasuah bagi mudarat kepada semua...hatta anjing kurap....biaya kos dan hidup makin tinggi sebab rasuah. Segala benda barang makan, rumah, tol, ubat jadi mahal dan hidup rakyat makin membeban. Buat AKTA DEATH PENALTY untuk penerima dan pemberi rasuah. Jangan ambil kira nilai rasuah, bunuh sajer siapa ambil rasuah walaupun nilainya seringgit. Tiada guna kita ada belas ehsan dengan penerima dan pemberi rasuah.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/06/30/terowong-dasar-laut-pulau-pinang-satu-projek-dua-nilai/

Terowong Dasar Laut Pulau Pinang : Satu Projek, Dua Nilai

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang Jason Loo berkata, sejak isu berkenaan dibangkitkan, Ketua Menteri Lim Guan Eng serta ekconya Lim Hock Seng menegaskan kos terowong dasar laut ialah RM 3.7 bilion.

Namun Jawatankuasa Kira-kira Negeri Pulau Pinang (PAC) yang diarahkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan bagi projek mega itu pula menunjukkan sebaliknya.

Kata Jason, PAC melaporkan kosnya hanya RM 3.5 bilion.

“Kos yang terpapar di MalaysiaKini, MalayMail serta NST pada 11hb, Jun menunjukkan angka RM 3.7 bilion. Akan tetapi, laporan PAC menunjukkan bahawa kos terowong dasar laut hanya menelan belanja RM 3.5 bilion.

“Jadi, soalan kami ialah kenapa terdapat dua angka yang bercanggah dalam satu projek? Siapakah yang patut kita percayai? Lim (Lim Guan Eng atau Lim Hock Seng) yang mana satu atau laporan PAC?”, tanya Jason.

Katanya, RM 0.2 bilion adalah perbezaan yang ketara dan tidak boleh lepas pandang dengan mudah mengambil kira Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat bayaran kepada pemaju Konsortium Zenith BUCG dengan pemberian hak milik tanah.

Ujar Jason, wang itu adalah milik rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu bertanggungjawab menjelaskan percanggahan itu kepada rakyat Pulau Pinang atas dasar ketelusan.

“Berapakah itu RM 0.2 bilion? RM 3.7 bilion tolak RM 3.5 bilion ialah RM 0.2 bilion atau bersamaan dengan RM 200 juta. Saya selalu mengaitkan kepada rumah kos rendah. Jika RM 200 juta dibahagikan kepada RM 42 ribu iaitu harga satu unit rumah kos rendah, kita dapat mendirikan 4762 unit rumah kos rendah di Pulau Pinang untuk dibeli oleh golongan muda tak kira kelayakan akademik mereka.”, tambahan Jason.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/12/cat-hijau-lorong-basikal-bernilai-rm30-juta-sudah-tertanggal/

Cat Hijau Lorong Basikal Bernilai RM30 Juta Sudah Mula Tertanggal

AIDCNews – 12/1/16 –Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau Pinang sudah mulai tertanggal.

“Guna cat berkualiti rendah untuk mengecat lorong basikal tapi bonus RM30 juta.

“RM30 juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki, menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6 bulan.

“Kemudian dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan mendapat RM30 juta ?,” soal Tan Khai Beng.

Menurut Anti Fitnah TMI cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.

“dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.

“Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.

“Alasan yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??

Anonymous said...

Hangpa tengok betapa gentleman PAS nni. Bukan macam cabok Pujaan PAN, berkilo kilo tan isu. Tapi bagi PAN mereka boleh buat apa jua. Kerana di mata PAN, apa dilakukan oleh DAP adalah HALAL dan TOYIBBAH

https://aidcnews.wordpress.com/2016/08/13/saman-sarawak-report-pas-akan-guna-khidmat-peguam-diraja-di-london/

Saman Sarawak Report : PAS Akan Guna Khidmat Peguam Diraja Di London

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media Pengumuman Pengisytiharan Nama, Pendekatan dan Teras Perjuangan pada hari ini berkata PAS telah mengenalpasti badan Queen’s Counsel (Q.C) atau lebih dikenali sebagai Peguam Diraja di London untuk membantu membawa kes laporan Sarawak Report ke mahkamah di England.

“Kita telah mengenal pasti Queen’s Counsel (Q.C) iaitu Peguam Diraja di London yang pernah ada hubungan dengan kita (PAS) berhubung kes-kes sebelum ini dan kita jangka dalam waktu terdekat kita akan kaji dan failkan kes ini ke mahkamah, waktu terdekat itu ialah dalam tempoh satu bulan,” kata beliau.

Q.C yang dimaksudkan adalah badan terkanan dari England yang suatu masa dulu pernah membantu PAS menyelesaikan kes berhubung dakwaan mengenai Tuan Guru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pengganas.

“Ya, badan tersebut adalah orang Britain kerana pusat media Sarawak Report adalah di England, jadi kita memerlukan khidmat dan bantuan mereka,” kata Takiyuddin.

Dalam satu kenyataan lain Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengesahkan berita tersebut.

“Alhamdulillah. Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan di dalam Mesyuarat PAS Pusat bersetuju untuk saman Sarawak Report. Insya-Allah, Tuan Guru akan berhubung dengan peguam di UK yang membantu kes saman TGHH satu ketika dahulu. Jangan lupa kita terus berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran dan membalas kerja buat Sarawak Report dan sekutunya,” kata Idris – Harakahdaily

Anonymous said...

Itu belum dapat tawan Putarjaya. Mujahid dan Mat Sabu senyap saja, mungkin menagih jawatan Peon di Putarjaya

Anonymous said...

Kalau hujah2 diatas dibawa ke Dr Maszlee untuk dijawab, mau perputar mata, tercabut keyvboard dia nak jawab. Kah kah Kah

Jeff Hulu Bernam
Jeadilan Reform

Anonymous said...

Adakah yg kena tuduh tu orang PAN sebab dalam foto dia pakai baju kaler woren

Anonymous said...

Kalau ikut logik anon 1.55 atas ni, seluruh kontingen olimpik negara adalah orang AMANAH!!!!! Semua woren maaaa....
Bodoh nye manusia anon 1.55 atas ni. Kecik dulu taknak mampos

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails