Sunday, August 21, 2016

Pembangkang & Parti Muhyiddin, Apa Kata Ahli MT UMNO?




ALOR GAJAH: Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata akan berlaku banyak pergeseren dan ketidaksehaluan antara pakatan pembangkang dengan parti baharu yang didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam bahawa tiada keperluan untuk melantik Muhyiddin sebagai ketua pembangkang baharu.

Abdul Rahman yang juga pengarah strategi dan komunikasi Barisan Nasional (BN) berkata perkara tersebut adalah dalam jangkaan dan membayangkan parti baharu itu dan pihak pembangkang tidak akan menemui kata sepakat.

"Saya lega sebenarnya apabila Muhyiddin hendak tubuhkan parti baharu kerana beliau perlu memperjelaskan kepada rakyat hala tuju dan dasar parti itu tentang hubungan kaum, kepentingan Bumiputera, dasar ekonomi, dasar luar negara dan sosialnya sama ada mirip kepada Umno atau pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Puteri Umno merangkap anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Kerja Umno merangkap Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Datuk Ab Rauf Yusoh.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata anggota Umno perlu yakin pada kekuatan parti keramat itu yang masih lagi merupakan sebuah parti yang dominan di negara ini dan mempunyai hala tuju jelas serta masa hadapan yang cerah. (mStar)

1 comment:

Anonymous said...

Saya hairan la dgn perangai dan politik org melayu ni. Satu bangga tu satu hal lah, satu agama lagi. Kenapa tak boleh bersatu? Kenapa boleh berpecah belah? Lihat lah bangsa cina,,bagaimana mereka berpolitik. Demi menghalang umno berbaik dgn pas, mca sanggup berdiri bersama Dap utk menentang ruu 335 pemerkasaan mahkamah syariyyah. Sedangkan mca di pihak kerajaan, Dap pembangkang. Tapi mereka boleh bersatu demi menjaga kepentingan bangsa cina. Kita bagaimana,,?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails