Tuesday, August 23, 2016

Sejarah UMNO & Loteri.

 Hari Ini Dalam Sejarah PAS: Usul Hukum Loteri Umno Diangkat ke Persidangan Ulamak (22

USUL HUKUM LOTERI UMNO DIANGKAT KE PERSIDANGAN ULAMAK (22 OGOS 1951)

PADA hari ini dalam tahun 1951, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah mengemukakan dua usul atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno kepada Jawatankuasa Sambutan Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua yang akan bersidang pada 23 Ogos 1951. 

Usul paling kritikal yang dikemukakan oleh Pengerusi Bahagian Agama Umno itu ialah tentang Loteri Umno yang sedang hangat diperkatakan oleh para ulamak kerana ia adalah satu jenis perjudian, sedangkan judi diharamkan oleh hukum syarak. Satu lagi usul beliau ialah mencadangkan penubuhan sebuah persatuan ulamak yang dapat menyatukan suara ulamak dalam membela agama di negara ini.

Isu judi loteri telah lama diperkatakan oleh para ulamak dalam Umno. Pada 7 September 1946, seorang ahli Umno, Haji Rejab Kedah telah bertanya kepada Pengerusi Pejabat Perkara Agama Umno tentang hukum loteri, diikuti oleh pertanyaan Setiausaha Agung Perikatan Melayu Perak tentang hal yang sama pada 10 Februari 1947. Pertanyaan-pertanyaan ini mempunyai kaitan dengan penganjuran Loteri MCA sebagai satu cara mengumpul dana politik. Walau bagaimanapun, pada 3 Oktober 1946, Pejabat Perkara Agama Umno yang diketuai oleh Ustaz Salleh Othman telah mengeluarkan fatwa bahawa judi loteri adalah haram pada pandangan Islam.

Walau bagaimanapun, pada 1949, Umno telah merancang untuk memindahkan Pejabat Agungnya dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Pembinaan Rumah Umno di Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman) dijangka menelan kos sebanyak $200,000. Untuk mengumpulkan dana ini, telah timbul cadangan supaya Umno menganjurkan loteri, tetapi ditentang oleh para ulamak. 

Ekoran itu, cadangan menganjurkan judi loteri ini dibawa ke Mesyuarat-mesyuarat Agung Umno. Misalnya, pada 5 Januari 1951, akhbar Warta Negara menyiarkan keputusan Umno Kelantan yang bersetuju dengan undian untuk menghalalkan penganjuran Loteri Umno. Ekoran persetujuan cawangan-cawangan Umno ini, Loteri Umno telah dilaksanakan pada pertengahan 1951 dengan mengambil konsep kelab-kelab lumba kuda.

Marah dengan tindakan Umno ini, Persatuan Ulamak Kedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin Che Dol yang juga Pengerusi Umno Kedah telah membuat ketetapan bahawa Loteri Umno adalah adalah haram di sisi Islam, dan memaklumkan pendirian ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno pada 30 Julai 1951. 

Pada 19 Ogos 1951, satu Persidangan Khas Alim Ulamak Pulau Pinang dan Seberang Perai yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim telah memutuskan bahawa Loteri Umno adalah haram. Pada 20 Ogos 1951, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor, Ungku Ismail Abdul Rahman pula menegaskan amalan judi yang dianjurkan oleh Umno sebagai menunjukkan Umno telah tergelincir dari al-Quran dan Sunnah. Sehingga Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang merupakan anggota gabungan Umno dalam mesyuarat agungnya sebelum itu telah menegaskan supaya Umno kembali kepada dasar Islam.

Ekoran desakan keras dari pelbagai pihak ini, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad yang juga Mudir Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam telah mengangkat satu usul yang berbunyi "(Hukum) Loteri Umno" pada 22 Ogos 1951 kepada Persidangan Alim Ulamak Malaya. Usul yang dikemukakan atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Umno ini adalah salah satu daripada 22 usul yang diterima oleh Jawatankuasa Sambutan Persidangan untuk dibahas oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 23 Ogos 1951. Usul ini menjadi usul yang paling panas dan mendapat perhatian para ulamak ekoran tindakan Umno menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 22/8/2016

16 comments:

Anonymous said...

Itulah kekuatan ulamak.

Bukan macam PAN. Kalau PAN menang. DAP akan buat pesta beer

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Jika DAP akan menyambut kemenangan PAN dgn pesta beer, Pemimpin PAN pula redha dgn pesta beer

Sila baca kenyataan timbalan mufti dibawah ini


http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

Wahai kaum mukminin. tengoklah apa mereka katakan mengenai konsert selena gomez di bulan syawal

PAS - Menentang
DAP - Menghina solat hajat bagi mukminim yg menentang konsert itu
PAN - Mat Sabu kata okey sebab tak langgar aqidah

Wahai mukminin, saya lampirkan copy paste dibawah ini sebagai bahan bukti

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/07/22/teresa-kok-perlekeh-solat-hajat-pas-selangor-batalkan-konsert-selena-gomez/

Teresa Kok Perlekeh Solat Hajat PAS Selangor Batalkan Konsert Selena Gomez

AIDCNews – 22/7/16 –Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu.

“Jenaka apa ?? Exco Selangor tidak mengarahkan solat hajat untuk menyelamatkan Malaysia daripada malu yang dibawa oleh skandal 1MDB, tetapi sebaliknya mengarahkan solat hajat untuk membatalkan konsert yang akan datang di Shah Alam ??,”kata Teresa Kok dalam Facebook hari ini.

pecat

Ahli Parlimen DAP Seputeh membuat ulasan itu berdasarkan laporan Malaysiakini yang bertajuk “S’gor exco member orders special prayers to cancel Selena Gomez concert“.

Portal itu melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini berpendapat bahawa ‘seksi adalah ciptaan Tuhan’ ketika ditanya mengenai bantahan terhadap konsert artis antarabangsa, Selena Gomez di negeri itu, namun pendirian itu nampaknya tidak senada dengan Exco Selangor daripada PAS, Ahmad Yunus Hairi.

Dalam satu kenyataan hari ini Ahmad Yunus mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert itu dibatalkan.

Malah Yunus berkata umat Islam tidak merestui konsert dan hiburan melampau yang hanya akan mengundang bala daripada Allah.

“Umat Islam tidak akan redha dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Semua masjid di Negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana.

“Juga diberikan hidayah oleh Allah SWT kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert ini,” katanya.

Konsert Selena Gomez bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, 25 Julai ini.

Bagaimanapun ia menerima bantahan Pemuda dan Muslimat PAS yang mengatakan artis berkenaan membawa imej seksi dan liar serta mengundang masalah sosial.

Anonymous said...

http://www.bharian.com.my/node/176599

Jangan hadiri konsert Selena Gomez - Pemuda PAS

KEPALA BATAS: Kerajaan diminta menyarankan umat Islam supaya tidak menghadiri konsert 'Selena Gomez Live in Malaysia' yang akan berlangsung malam esok.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata bagaimanapun penganjuran konsert itu dibenarkan untuk kalangan orang bukan Islam. Beliau berkata, konsert berkenaan tidak sesuai dihadiri umat Islam kerana ia bukan sahaja melalaikan tetapi turut membabitkan soal batasan akhlak.

"Kita tak minta Malaysia harus tutup hiburan tetapi hiburan untuk umat Islam ada hadnya. Jadi, kita minta kerajaan memberi kebenaran untuk menganjurkan konsert ini dalam kalangan bukan Islam dan menggalakkan umat Islam supaya tidak hadir pada konsert itu," katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Selangor mengambil pendirian untuk tidak menghalang penganjuran konsert 'Selena Gomez The Revival Tour' di Stadium Melawati, esok. Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata tiada sebab untuk kerajaan negeri menghalang penganjuran konsert itu, jika pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). DISYORKAN

Anonymous said...

http://babab.net/out/mat-sabu-konsert-selena-gomez-okey-tidak-jejas-akidah.html

MAT SABU: KONSERT SELENA GOMEZ OKEY, TIDAK JEJAS AKIDAH

Anonymous said...

Bukti Bukti Diatas, menunjukkan yg DAP anti Islam dan PAN pula khadam DAP.

Di zaman awal Islam dulu, Abdullah bin Ubay walaupun bersolat di masjid Nabawi tapi hati Abdullah bin Ubay amat cintakan Arab Jahilliyiah dan Yahudi Bani Qainuqa. Pada masa yang sama Abdullah bin Ubay amat bencikan kaum mukminin dan para sahabat.

Saya yakin, panggillah Mat Sabu ka, Mujahid ka, Khalid Samad ka............ Lidah mereka akan jadi JAM bila nak bahaskan bukti2 diatas

Greenkhadam, khadamwaves, addinkhadam, khadamlanie dan khadam-khadam lain2. Sudahlah2. PAN akan berkubur tak lama lagi. Tempat PAN tu parti Pribumi nak ganti. Jenis PAN Kha-dumb-dumb ni kao ingat Pribumi nak recruit ka?????????? Apa kelas broooooooooooo

Anonymous said...

Aku panggil Parti Bersatu, pribumi sebab hanya untuk bumi sahaja.

Kah kah kah. Bersatu bertanding kat Shah Alam. Habis la hang khalid oiiiiiiiii

Anonymous said...

Aku panggil Parti Bersatu, pribumi sebab hanya untuk bumi sahaja.

Kah kah kah. Bersatu bertanding kat Shah Alam. Habis la hang khalid oiiiiiiiii

Anonymous said...

Namapun sejarah. Sudah lebih 50 tahun, tetapi loteri di Malaysia masih ada, malah lebih besar dan canggih.
Sejarah juga menunjukkan Pas adalah parti Islam. Kini tidak lagi, makin sesat dan menyesatkan rakyat. Bukan Islam tang diperjuangkan, tetapi Melayu, yang ratanya memang bangang, menadah tangan minta dedak. Usaha sendiri malas, orang lain semua salah, dia sahaja yang betul. Islam macam tu ke?

Anonymous said...

Kao jawab ni


http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Si bahalol dengan kopipes dia kembali lagiiiiiii....terbukti sudah, sama seperti Harakah yang ketandusan isu baru dan terkini untuk disiarkan, si anon 11.30 ni pun tidak ada idea sendiri untuk disiarkan. Maklumlah lulusan sekolah pondok sahaja, setakat kopipes sahaja lah yang dia belajar. Dia isi pada mula sahaja, "ko jawab ni"... Tu sahaja lepas tu teruskan dengan kopipes dia. Dah la tu dok kopipes benda yang sama. Mungkin dia ni memang bodoh sebab dia tak tau yang dia dok kopipes bende yang sama. Bodoh melayu dedak ni. Kesian pada keluarga bhai dok makan hasil dedak. Buruk2 perangai semua tu nanti, serupa seperti anon 11.30.

Anonymous said...

aku jugak heran dgn mamat kopies paste ni..ostaz hijau yg aku dok tadah kitab dgn dia pun konfius dgn akhlak mamat ni bila ditanyakan perihal ni..

Anonymous said...

Loteri UMNO Pas tak terima,tetapi dedak bernilai 9Oj dari Najib PAS dengan senang hati terima.Betul tak Pak Haji.

Anonymous said...

Itu yang sehingga kini, Pak Hasyim kita tak siarkan artikel Hadi Mereng berkobar2 nak saman Sarawak Report di London dalam masa sebulan. Pak Aji kita ni pun tak yakin Hadi Mereng akan teruskan dengan saman, kerana dijangkakan akan membuat U-turn sekali lagi.
Alasan yang diberikan nanti ialah, tidak dapat ke London kerana Jabatan Imigeresen gagal mengeluarkan passport antarabangsa. Kah kah lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails