Tuesday, August 23, 2016

Olimpik: Tahniah Kepada Wira Negara -Muslimat PAS




Sukan Olimpik Rio baru melabuhkan tirainya semalam berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kemampuan Malaysia juga dalam melahirkan atlet yang hebat dan bertaraf dunia. 

Kontinjen Malaysia telah membawa pulang lima (5) pingat iaitu empat (4) pingat perak dalam acara badminton perseorangan (L), badminton beregu (L), badminton beregu campuran dan terjun 10 meter platform berirama serta satu (1) pingat gangsa iaitu dalam acara berbasikal keirin (L).

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 yang telah mengharumkan nama negara.

Semangat kesukanan dan cintakan negara yang ditunjukkan oleh para atlet Malaysia perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia untuk terus berusaha bersungguh-sungguh.

Berusaha melakukan yang terbaik dalam semua perkara seperti yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan sesuatu perkara dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Dewan Muslimat PAS Malaysia yakin dan optimis dengan kemampuan dan semangat kesukanan dalam diri setiap atlet untuk berusaha mengharumkan nama negara di mata dunia pada masa akan datang.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
22 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 22/8/2016

7 comments:

Anonymous said...

Agaknya muslimat Pas sekalian teruja sama memberi sokongan sambil menyaksikan aksi2 atlet yang tidak menutup aurat, yang dedah sini sana. Sama seperti Pak Hasyim ni, kutuk tapi dalam diam sebenarnya suka.

Anonymous said...

Jom solat zuhur, dari hang buat reka fitnah baik hang pi solat

Anonymous said...

Ang tu pi solat...jangan dok risaukan orang lain. Ang kuboq lain dia tu kuboq lain. Cermin muka sendiri.

Anonymous said...

Orang menang ucap tahniah. Tapi kalau PAN menang, DAP akan bikin pesta beer. ADUN Sekinchan sendiri cakap

Anonymous said...

Tahniah kepada pasukan olimpik. Kemenangan itu membawa kegembiraan, tiada apa yang salah.
Cuma kegembiraan yang paling unggul adalah kegembiraan kepada ugama. Kerana kegembiraan kita kepada kepada Islam, kita seronok dengan label kita sebagai orang Islam.

TETAPI

DAP berkata kalau nak berkawan dengan DAP, wajib tinggalkan bicara ugama. Bukan aku yg kata DAP yang kata. Yang pasti PAN masih kasih pada DAP.

Wahai khadam2 PAN, sikit pun kamu tak marah bila DAP bercakap begitu


Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform
Dulu Reformist Sekarang Reform bersama PAS


https://aidcnews.wordpress.com/2016/08/20/jika-mahu-berbaik-semula-dengan-dap-pas-perlu-berhenti-cakap-isu-agama-dapsy/


ika Mahu Berbaik Semula Dengan DAP, PAS Perlu Berhenti Cakap Isu Agama – DAPSY

“Saya rasa agak sukar untuk Parti Islam Semalaysia (Pas) kembali berbaik dengan DAP kecuali ada perjanjian agar tidak menyentuh bab agama dan perkauman,”.

Itu kata Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Chiong Yoke Kong ketika ditemubual MalaysiaGazette di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, DAP cuma tidak mahu agama atau perkauman dicampur aduk dengan kefahaman politik tetapi Pas berdegil mempertahankannya.

Anonymous said...

Kopies banyak. 2. Rakyat. Sudah. Tahu. Siapa. Anda....
Tentera tajaan. Biro2.....yg. ber gaji. Lumayan....
Satu. Soalan. Saja. Untuk. Anda....

Kemana. Duit. Derma. 2.6. Bilion. Ringgit. Di. Belanjakan...???????
Pasti. Anda menjawab dengan. Cara. Berbelit. Belit.....

Anonymous said...

Kalau muslimah PAS pergi ikut sukan terjun macam Pandalela pastinya nampak peha putih gebu dan ini Pasti boleh membangkitkan ghairah pemimpin PAS dan penyokongnya.Saya cadangkan apabila ada sukan ni bolehlah PAS menghantar muslimah mereka .Tentu acara sukan ini akan lebih meriah.he..he..he...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails