Tuesday, August 23, 2016

2 Guru Maut, Lemas Dalam Perjalanan Ke Sekolah. Kerajaan Digesa Ambil Perhatian.

KOTA BELUD : Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan penuh hiba mengucapkan takziah kepada keluarga dua orang guru Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud (Guru Besar) dan Kamariah Hamdan telah didapati lemas ketika dalam perjalanan menaiki perahu ke sekolah, demikian menurut Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh.
Beliau berkata, segala kebaikan mengiringi mereka kerana pemergiannya dalam perjalanan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai guru yang merupakan tugas yang mulia mendidik anak-anak walaupun di mana sahaja.
Jelasnya, mangsa disahkan telah meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud.
"Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru dan menggesa kerajaan agar menitikberatkan soal keselamatan sama ada penduduk tempatan dengan menyediakan kemudahan prasarana yang bersesuaian dengan keadaan tempat yang mengancam nyawa.
"Kematian tidak mengenal masa, usia dan tempat. Di mana-mana sahaja kematian itu pasti akan bertemu.
"Semoga berita kematian ini menjadi peringatan buat kita yang masih hidup untuk terus beramal dan menyediakan bekal di akhirat nanti," ujarnya. (IH/PAS)

3 comments:

Anonymous said...

Jika yg mati rakyat marhaen berugama Islam, PAN tak peduli. Jika golongan DAP yg anti Islam baru terkena malang maka PAN akan bersuara

Anonymous said...

Astaghfirullal al azim, bertaubatlah saudara anon 11.32. Berhentilah cubaan saudara untuk terus memecahbelahkan orang Islam.
Sedarlah saudara, takut tak sempat mengucap saja nanti.

Anonymous said...

Saudara anon 11:32. Boleh atau tidak soal kematian jangan dipolitikkan. Saya sendiri menyokong usul muslimat PAS. Perkara betul hendaklah kita sokong 100%. Bagaimana jika kita yg ahli PAS membuat sesama Islam benci. Apa lagi jika yg bukan Islam...
Sepatutnya kita tumpu usaha kita kepada bagaimana hendak menghadapi PRU14. Selagi bercakaran, selagi itu BN akan terus berkuasa & rakyat semakin dihimpit masalah ekonomi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails