Friday, April 03, 2015

PasMa Masih Belum Jadi Parti Politik, Buat Kajian. -Datuk Phahrolrazi



NGO pro-Pakatan Rakyat, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) masih belum menjadi parti politik.

PasMa kini sedang membuat kajian berhubung menubuhkan satu parti baru sekiranya PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti yang mungkin akan ditubuhkan itu lebih cenderung ke arah ‘parti Islam’ bagi mengisi kekosongan PAS dalam pakatan.


“Banyak desakan untuk kita jadi parti politik dalam keadaan sekarang ini, jadi saya buat keputusan untuk buat kajian.
“Tapi (menubuhkan parti) ini bergantung dengan Pakatan Rakyat, bukan kita akan berdiri sendiri.
“Dan kita akan jadi sebahagian daripada komponen Pakatan barulah wujud parti politik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Jelasnya lagi, keputusan mewujudkan parti itu bagaimanapun bergantung dengan perkembangan hubungan Pakatan. Berkemungkinan parti itu akan ditubuhkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, jika perlu, tambah  Phahrolrazi (atas).

PAS semalam terus membayangkan sesuatu apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu mampu berjuang bersendirian walaupun disingkir daripada Pakatan. PAS berdepan dengan kontroversi dalam Pakatan apabila berkeras mahu melaksanakan hudud walaupun gagal mendapat kata sepakat rakan Pakatan.

DAP telah mengumumkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam.(IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails