Saturday, April 04, 2015

Blood Moon Minggu Ini Mengubah Dunia? Umat Islam Solat Gerhana..

Gerhana Bulan Total Akhir Pekan Ini Akan Mengubah Dunia
Gerhana Bulan Keseluruhan, Akhir Minggu Ini Akan Mengubah Dunia?


DALAM kiraan, pada salah satu malam minggu ini, bulan akan berwarna merah darah. Kejadian fenomena tersebut dikenali sebagai `Blood Moon`. Gerhana bulan total tersebut dikira akan terjadi pada Sabtu malam dan akan kelihatan di langit Amerika Utara, Asia dan Australia.Gerhana yang berlaku pada Sabtu ini adalah yang ketiga dari siri empat bulan berdarah tahun ini yang disebut tetrad. Bulan darah keempat atau yang terakhir dijangka akan berlaku pada 28 September. 

Menurut salah seorang pendeta Amerika Syarikat, tetrad sudah dituliskan dalam Alkitab dan merupakan isyarat bahawa akan terjadi sesuatu yang mengubah dunia dalam waktu terdekat. Namun para saintis NASA akan membantah dengan mengatakan bahawa perubahan warna merah dari gerhana bulan keseluruhan adalah fenomena alam biasa.Blood Moon atau bulan darah berlaku apabila bulan melalui bayangan bumi. Bayangan tersebut dikenali sebagai umbra yang terjadi akibat sinar matahari terhalang bumi. Sinar matahari kemudian tersebar ke pelbagai arah di atmosfera dan masa mengenai bulan, mengubahnya menjadi berwarna merah.  

Peristiwa itulah memjadikan bulan seperti berwarna merah darah. Sementara tetrad terjadi hanya beberapa kali setiap 2,000 tahun. Para pemerhati bintang perlu cepat-cepat menyediakan peralatannya, kerana NASA mengatakan Blood Moon hanya akan berlaku lima minit di AS.Yang paling beruntung adalah warga di kawasan Australia, Jepun, China dan Asia Tenggara yang dapat menyaksikan bulan darah selama 12 minit, bermula pukul 7.54 am EDT.

Umat Islam, siap-siaplah untuk menyambutnya dengat solat gerhana. (IH/Sumber: Daily Mail)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Kalau mengikut kita di Malaysia pada hari apa dan pukul berapa ya? Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails