Wednesday, April 01, 2015

Demokrasi M'sia, Sokong IS Dijel 2 Tahun.

GAMBAR fail menunjukkan anggota polis mengiringi Ummi Kalsom (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 31 Oktober lalu.

KL: Inilah Demokrasi Di Malaysia. Seorang penolong pegawai kredit wanita dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan cuba memberikan sokongan kepada kumpulan militan Islamic State (IS) pada September tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman tersebut kepada Ummi Kalsom Bahak, 26, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada mengaku bersalah selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Ummi Kalsom didakwa cuba memberikan sokongan kepada kumpulan militan IS dengan cara mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Brunei dan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Muhammad Aqif Huesin Rahizat bagi manfaat kumpulan militan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kaunter Imigresen, Ba­lai Pelepasan Antarabangsa, KLIA 2, Sepang pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober tahun lalu. Difahamkan Ummi Kalsom merupakan wanita tempatan pertama yang dihukum penjara berhubung penglibatan dengan IS.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 30 tahun atau denda dan harta boleh dirampas jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Hanif Hassan. Terdahulu, Afzainizam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Ummi Kalsom walaupun tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan agar aktiviti seumpama itu dapat dicegah pada masa akan datang. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails