Tuesday, March 31, 2015

Tiada Perbincangan, PAS Kekal Bersama Pakatan - Mat Sabu


KL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu kekal bersama Pakatan Rakyat.
Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun berkata, perkara mengenai hubungan bersama pakatan itu tidak diperbincangkan dalam mesyuarat khas parti pada Isnin.

"Kami tidak bincangkannya hari ini, kami kekal dengan Pakatan Rakyat," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah isu hubungan bersama pakatan diperbincangkan dalam mesyuarat khas pada Isnin. Konflik hubungan dalam Pakatan Rakyat berikutan tindakan PAS untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang tidak dipersetujui parti sekutunya.

Lapor mStar hari ini.

Sementara itu, Pakatan Rakyat (PR) Sabah pada Isnin secara rasmi memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan PAS Sabah selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS melaksanakan hukum Hudud di Malaysia.

Jurucakap PR Sabah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Lajim Ukin berkata keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri wakil PAS, DAP dan PKR sendiri di sini petang semalam.

Sedaangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, satu kenyataan bersama mengenai perkara itu telah dikeluarkan tahun lalu. Jelasnya, hudud adalah hak kerajaan negeri Kelantan dan parti lain hanya boleh bersetuju atau tidak. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails