Tuesday, March 31, 2015

3 Pengarang TMI Ditahan, Kerana Fitnah Majlis Raja-Raja Isu Hudud?

 Pejabat The Malaysian Insider
PORTAL The Malaysian Insider melaporkan, tiga pengarang kanan mereka telah ditahan polis petang ini berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.

Pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong ditahan pihak polis yang datang membuat serbuan bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di pejabat portal berkenaan di Mutiara Damansara, sekitar jam 5.52 petang.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil Majlis Raja-raja minggu lepas.
Dalam masa kira-kira setengah jam, pihak polis dan SKMM dikatakan telah memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.

Demikian lapor media hari ini.

Turut hadir bersama pihak berkuasa adalah peguam Syahredzan Johan yang menjelaskan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Laporan berkenaan dikatakan ditulis berdasarkan satu sumber yang tidak dimaklumkan. (IH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails