Saturday, April 04, 2015

Ecclestone Dibidas Pelumba Wanita, Bagaimana Wanita Islam?



MOUTON menegaskan pelumba wanita juga sentiasa ingin bersaing bersama pemandu lelaki dalam setiap perlumbaan termasuk F1.
SUKAN
PARIS – Organisasi induk sukan pemotoran dunia, Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) memberi reaksi kurang senang terhadap idea pemilik jenama Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone untuk mewujudkan perlumbaan F1 khusus untuk wanita.

Presiden Jawatankuasa Pelumba Wanita FIA, Michele Mouton berkata, para pelumba wanita sentiasa ingin menyaingi pemandu lelaki dalam perlumbaan termasuk F1.

“Saya sangat terganggu dan kecewa. Ecclestone hanya memikirkan wanita sebagai hiburan serta alat mudah untuk mendapatkan wang.
“Menerusi pengalaman saya sebagai bekas pelumba rali, pelumba wanita sentiasa ingin bersaing dengan lelaki. Walaupun bilangan wanita sedikit, mereka telah membuktikan kemampuan bersaing sejak lebih sedekad lalu,” tegas Mouton.

Menurut Mouton, sukan perlumbaan terbahagi kepada tiga kategori utama termasuk lumba kuda serta perahu layar yang menyaksikan pelumba wanita bersaing dengan lelaki berdasarkan peraturan selaras.

“Perlumbaan ini menguji prestasi menerusi penanda aras yang sama dan memaksa pelumba meningkatkan keupayaan untuk muncul juara, jantina tidak pernah menjadi medium pengasingan dalam sukan perlumbaan,” tambah Mouton.
Baru-baru ini, Ecclestone mengumumkan idea mewujudkan perlumbaan F1 khusus untuk wanita bagi menarik lebih banyak penajaan serta meningkatkan bilangan penonton di litar.
Pelumba Formula E, Michela Cerruti turut tegas membantah idea Ecclestone itu.
“Jika dijemput sekali pun, saya tidak mahu. Ia tidak lebih daripada menjadi alat untuk menarik perhatian penonton lelaki.
“Adalah lebih baik Ecclestone membuka lebih banyak ruang untuk pelumba wanita bersaing bersama pelumba lelaki dalam perlumbaan tunggal F1.
“Tidak keterlaluan jika mensyaratkan setiap pasukan F1 melibatkan seorang pelumba wanita dalam setiap perlumbaan,” kata Cerruti. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ada kemungkinankah sukan begini boleh diIslamkan? Buka minda, Malaysia boleh!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails