Monday, March 23, 2015

Seks Dalam Khemah. Pihak Berkuasa Tak Berkuasa, K'jaan Dayus?


SEBAHAGIAN daripada 53 pelacur warga asing yang ditahan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) dalam serbuan di tujuh premis urut di Bandar Puteri Puchong, malam semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mac - Seks dalam khemah. Itulah perkhidmatan yang ditawarkan oleh sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik premis urut di sekitar Bandar Puteri Puchong dekat sini bagi menarik pelanggan.

Kegiatan yang pernah dibongkar oleh pihak berkuasa tempatan di premis sama tahun lalu itu didapati masih beroperasi setelah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) menyerbu tujuh rumah urut haram secara serentak di lokasi tersebut malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira dua jam bermula pada pukul 8 malam itu, skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut telah menahan seramai 53 wanita terdiri daripada warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran serta tidak mempunyai pasport.

Timbalan Komander Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua pengusaha premis tersebut gagal menunjukkan lesen mengendalikan rumah urut.

“Dalam pada itu, salah sebuah rumah urut pula menawarkan khidmat seks dalam khemah kepada pelanggan dengan bayaran berjumlah RM160.
“Bagi aktiviti seks mereka lakukan dalam khemah manakala untuk urut dengan bayaran RM130 pula dilakukan di dalam bilik biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairi berkata, pihaknya turut menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan dan selebihnya warga asing yang tidak memiliki pasport.

“Polis juga merampas sebanyak 531 keping kondom, minyak urut, bahan pelincir, buku rekod hasil kutipan serta bil-bil berkaitan premis bagi tujuan siasatan.
“Selain itu, kami turut merampas wang berjumlah RM3,164 bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap penganjur kegiatan berkenaan,” ujarnya.

Menurut Khairi, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk siasatan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di mana salah dan cacatnya sehingga pihak berkuasa menjadi tidak berkuasa?
  • Kegiatan yang pernah dibongkar di premis sama tahun lalu itu didapati masih beroperasi.
  • menyerbu tujuh rumah urut haram secara serentak di lokasi sama..
  • menahan seramai 53 wanita terdiri daripada warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia.
  • dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran
  • serta tidak mempunyai pasport.
  • salah sebuah rumah urut pula menawarkan khidmat seks dalam khemah 
  • menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan
  • merampas sebanyak 531 keping kondom, minyak urut, bahan pelincir, buku rekod hasil kutipan serta bil-bil berkaitan premis bagi tujuan siasatan.
  • merampas wang berjumlah RM3,164 bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA)
Berhentilah jadi kerajaan, tak ade kuasa, buat malu saja. Kerajaan dayus?

8 comments:

Anonymous said...

Kepada para menteri yang bijak pandai, benarkan lagi mereka masuk kedalam negara tanpa bayaran visa supaya mereka boleh buat duit banyak-banyak dan balik kenegara mereka bila datang haid. bila dah clear datang balik ke Malaysia untuk buat duit

Anonymous said...

Dunia wang punya dlm semua bolih mampos nanti semua api neraka bakar

Anonymous said...

Kerajaan wajar memperketat kemasukan warga asing berumur 50 tahun ke bawah dari negara-negara yang kerap ditahan di dalam jenayah pelacuran ini. Pakatan Rakyat walaupun kau orang nak pergi jahanam dengan bergaduh sesama sendiri, tapi tugas kau orang sebagai pembangkang di parlimen adalah untuk menekan dan mendesak kerajaan menghalang kemasukan kumpulan yang berpotensi ini dari terus melakukan aktiviti ini. TAK MALUKAH KAMU SEBAGAI AHLI PARLIMEN MEMBIARKAN MALAYSIA TERUS BERADA DI DALAM RATING ANTARA 10 NEGARA YANG MUDAH MEMPEROLEHI PELACUR?

Anonymous said...

Kerajaan tak perlu ketakan kemasukan warga asing.biarkan sahaja kemasukan mereka,mungkin dengan jalan tersebut Malauysia akan menjadi negara maju.Kah.kah.kah....Biarkan semua mampusssss

maae said...

Mana kuasa kerajaan Selangor ? Mana pula penguatkuasa nya ? Siapa jaga Puchong ? Siapa jaga PBT ?

Paling banyak maksiat di Selangor. Masih pejam mata.... hanya tuding jari ?

Anonymous said...

KERAJAAN MALAYSIA ADA LAH YANG TERBAIK DIDUNIA.MENCURI DANA NEGARA PIHAK BERKUASA MELINDUNGI PENJENAYAH YANG BERKUASA,BETINA PUAKA BOLEH BERKUASA,BELI CINCIN NAIK JET KESANA KEMARI DGN PERUNTUKAN KERAJAAN,MEMBUNUH PEREMPUAN MONGOLIA BOLEH PUN BOLEH BEBAS, PENDATANG TANPA IZAN BOLEH KELUAR MASUK NEGARA INI DENGAN BEBAS DGN MERASUAH KAKITANGAN KERAJAAN,PERASUAH YANG BERTARAF MENTERI TIDAK DITANGKAP MAU PUN DIAMBIL TINDAKAN, DANA NEGARA BOLEH DIBUAT SEKUKA HATI BERSAMA ANAK BERANAK KELUARGA ,ADIK BERADIK JUGA PIHAK YANG TIDAK DILUPAKAN IA ITU KRONI.TANIAH KEPADA PEMINPIN YANG ADIL LAGI SAKSAMA . I HELP YOU YOU HELP ME SERTA WIN WIN SITIUATION.SEMOGA SEMUA MENTERI MENTERI INI DILAKHANAT OLEH ALLAH DAN KITA DOAKAN SEMOGA ADA ANAK MUDA YANG BERANI BANGUN MENGHAPUSKAN MEREKA INI SEBAB MEREKA INI PENGKHIANAT PADA ANAK BANGSA.AMIN

Anonymous said...

Kemasukan PATI ini diuruskan oleh tekong darat dari puak yg sentiasa laparkan wang. Anda boleh fikirkan siapa mereka itu, yg tentunya mempunyai rangkaian menyalurkan maklumat supaya jejak dan aktiviti mereka dapat dijalankan dgn selamat dan sukar untuk dikesan.

Anonymous said...

Semua ini akan berakhir jika pemerintahan bn berakhir..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails