Saturday, March 28, 2015

Bogel Dalam Kelas, Lagi Bukti Kementerian Pendidikan Gagal.



Sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur dipercayai lokasi tujuh pelajar tingkatan satu yang dipaksa oleh guru menanggalkan pakaian baru-baru ini.

BERITA ini membuktikan lagi kementerian pendidikan Malaysia yang gagal mendidik guru dan muridnya sekali....

KL: Tujuh orang pelajar tingkatan satu melalui detik memalukan apabila dipaksa menanggalkan seluar manakala seorang lagi diarah membuka baju oleh seorang guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sebuah sekolah di Ampang Rabu lalu.

Guru tersebut bertindak demikian kerana kumpulan pelajar berkenaan tidak memakai pakaian sukan yang mempunyai logo sekolah.

Lebih memalukan, dua daripada mangsa yang tidak memakai seluar dalam terpaksa berbogel dan meneruskan sesi persekolahan sebelum mereka meminjam duit daripada rakan-rakan untuk membeli seluar sukan sekolah di kedai koperasi.

Salah seorang mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hanya memakai seluar boxer bermula waktu rehat pada pukul 10 pagi hingga tamat sesi persekolahan pada pukul 2 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika sambutan Hari Kokurikulum peringkat sekolah dan setiap pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian sukan.

“Enam daripada kami tidak memakai seluar sukan dengan logo sekolah manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih. Guru tersebut memaksa kami menanggalkan seluar dan baju di dalam kelas. Dia me­rampas pakaian kami dan membawanya ke pejabat.
“Rakan saya terpaksa me­minjam kain samping pelajar lain untuk dipakai menggantikan seluar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
(IH)

3 comments:

Anonymous said...

Itu cakap budak. Dengar dulu apa cakap guru tu. Ini zaman murid tak hormat guru. Fitnah juga boleh berlaku. Seorang murid pernah koyakkan telinganya dg playar kemudian lapor polis guru bikin. Seorang murid perempuan pernah tudud guru mencabul dirinya kerana dinasihat pakai tudung, dn banyak lagi ....

Anonymous said...

Kawan saya ditransfer 40km dari sekolah asal bila pelajar kata beliau tunjuk video lucah dlm Hp. Sedangkan semua rakan tahu guru itu guna Hp lama yg bukan multimedia. Kesian.

Hurein said...

Jgn sebarkan cerita yg tidak tentu kesahihannya.. akibatnya kita sendiri yg menanggung dosa fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails