Monday, March 23, 2015

PRK DUN Chempaka: PAS Menang Majoriti 10,092 Undi

KOTA BHARU 22 Mac - Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menganggap kemenangan dengan majoriti lebih besar pada malam ini sudah dijangka berikutan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

"Saya percaya kemenangan ini bukan saja hasil undi ahli PAS, sebaliknya penyokong dan ahli BN serta pengundi atas pagar turut mengundi PAS," katanya.

Sementara itu calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood berterima kasih kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang memberi kepercayaan untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada pengundi dan saya akan meneruskan perjuangan Allahyarham sebaik mungkin selepas ini," katanya.

PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dengan majoriti 10,092 undi, mengalahkan empat lagi pencabar dari wakil Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dua tahun lalu, PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi menurun dengan 55 peratus saja dicatatkan pada PRK kali ini berbanding 85.93 peratus pada PRU-13 lalu.

PAS yang diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood @Mahamad, 42, memperoleh 10,899 undi mengalahkan empat calon bebas lain.

Empat calon bebas itu terdiri bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48 memperoleh 51 undi; bekas Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kelantan, Sharif Mahmood, 59, (807 undi).
1536427_808526805863204_3770725762723531808_n
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails