Saturday, March 28, 2015

Jual Tubuh: Lagi Negaraku Jadi Tempat Niaga Lendir.


SEBAHAGIAN wanita warga Vietnam dan China yang bekerja sebagai GRO ditahan di sebuah premis hiburan di Jalan Banda Hilir, Melaka semalam

MELAKA: Lagi negaraku Malaysia yang kucintai, jadi tempat berniaga lendir atau sarang memproses najis zina.

Hal ini terbukti apabila seorang gadis bawah umur warganegara Vietnam bersama 29 wanita warga asing lain yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di dua premis hiburan di di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini semalam.

Gadis berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah premis karaoke yang menyediakan perkhidmatan GRO selain disyaki menjalankan aktiviti pelacuran. Serbuan bermula pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hasil maklumat dan risikan selama seminggu.

Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, kesemua wanita warga asing itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan sebelum cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
“Ada antara mereka yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya diberkas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bikin malu, kononnya Malaysia negara Islam contoh. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails