Wednesday, May 07, 2014

Penjudi Perlu Belajar Taktik Khas Menang Main Judi. -Ben Affleck


Ben Affleck Dilarang Main Judi Di Las Vegas



AKTOR Ben Affleck dilarang untuk bermain permainan judi blackjack di sebauh kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat. 
 
Baru-baru ini, aksinya ketika sedang bermain judi itu di Hard Rock Casino, Las Vegas dihentikan oleh beberapa orang pengawal keselamatan. 
 
Menurut sumber, cara permainan aktor itu terlalu baik sehingga diminta untuk berhenti. Pengawal tersebut meminta agar pelakon itu mencuba permainan lain di kasino tersebut.  Seperti dilapor Rauters, aktor itu dipercayai menggunakan sesuatu taktik khas untuk memenangi permainan tersebut.  
Bagaimanapun, pihak Hard Rock Hotel yang dihubungi enggan mengulas tentang perkara itu. 
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penjudi mahu menang dalam berjudi, ada caranya. Perlu belajar 'taktik khas' seperti yang dilakukan Ben Affleck. Tetapi, begitulah dasar berjudi, yang sentiasa untung hanya taukehnya. Ben Affleck yang pandai main judi dilarang main judi takut rugi taukehnya. Hal itu terjadi di mana-mana, walaupun diperingkat antarabangsa, negeri atau daerah-daerah. 
 
Itu sebabnya, kerajaan Malaysia pun terlibat dalam menjadi taukeh judi seperti toto, bola sepak dan lain-lain, walaupun dari sudut agama Islam dilarang. Walaupun terpaksa memperbodohkan rakyat sendiri. Begitu juga dalam agama-agama lain, hukumnya juga dilarang. Insya Allah, ada kesempatan kita akan perincikan. (IH)

1 comment:

Kamalingam said...

Benarkah dalam agama Hindu dan Buddha,ada peraturan melarang berjudi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails