Friday, May 09, 2014

Buruan INTERPOL Ditahan Di M'sia.


Foto
ANGGOTA polis membawa lelaki yang merupakan anggota kumpulan pengganas Al-Shabab (tidak bertopeng) yang ditahan di Selangor semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang amat dikehendaki Interpol kerana terlibat dalam kumpulan pengganas Al-Shabab berjaya ditangkap sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Afrika Timur itu ditahan dalam satu operasi khas di Selangor.

"Pihak polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas penangkapan suspek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shabab di negara ini.
"Ia berdasarkan kemungkinan terdapat rangkaian kumpulan pengganas itu bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia," katanya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, dilaporkan 11 individu berusia antara 22 dan 55 tahun termasuk dua wanita ditahan sejak 28 Mac lalu selepas dipercayai terbabit kegiatan militan di negara ini. Enam daripada suspek ditahan di Selangor tiga di Kedah manakala dua di Kuala Lumpur.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails