Berteduh di kontena terbuang
"Walaupun tinggal di dalam kontena, tetapi kami tetap bersyukur kerana masih memiliki tempat berteduh.
“Kami perlu bersabar dan berusaha mengubah hidup bagi mengubah nasib
berbanding insan seagama di Palestin dan Rohingya yang lebih menderita,”
kata Nur Atiqah Zaimah Zainudin, 19.
Dia menjadikan sebuah
kontena di Kampung Pachitan, Chuah, di sini sebagai tempat berteduh
bersama adiknya, Muhammad Shaffiq, 17, sejak kematian ibu mereka dan
ditinggalkan bapa pada 2008.
Menceritakan kisah hidupnya, Nur
Atiqah berkata, sebelum tinggal dalam kontena terbabit, dia dan keluarga
menetap di Pasir Panjang, di sini. Nur Atiqah berkata, ibunya
meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 2008 dan kesedihan itu
bertambah seminggu selepas itu apabila bapa pula menghilangkan diri
tanpa khabar berita.
“Sejak itulah, saya dan adik (Muhammad
Shaffiq) terpaksa menumpang di rumah ibu saudara di kampung ini dan
bersekolah di kawasan ini,” katanya.
Menurutnya, akibat kesusahan
hidup, adiknya terpaksa berhenti sekolah pada 2010 dan bekerja di
kampung itu bagi mencari sumber pendapatan. Nut Atiqah berkata,
nasib malang menimpa dia dan adiknya kerana pada 2012 terpaksa keluar
dari rumah ibu saudara akibat masalah keluarga.
“Saya dan adik
menemui kontena terbuang di kampung ini dan meminta izin penduduk untuk
tinggal di sini,” katanya yang sempat menamatkan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada 2012.
Katanya, hanya dua bulan tinggal dalam
kontena itu, dia diterima bekerja di sebuah hotel di Nilai dan tinggal
di asrama pekerja manakala adik masih menginap dalam kontena berkenaan.
“Tetapi, nasib masih tidak menyebelahi saya apabila pada awal tahun
ini, saya diserang gastrik dan menjalani pembedahan pada 6 April lalu di
Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) .
“Doktor menasihatkan
saya tidak melakukan kerja berat menyebabkan saya berhenti bekerja dan
kembali menetap di kontena berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian
Metro, semalam.
Bagaimanapun,
kesusahan dialami Nuq Atiqah dan
adiknya mendapat perhatian isteri Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Bibi
Sharliza Khalid yang mengunjungi dua beradik itu bersama jentera Puteri
dan Wanita UMNO. Kehadiran berkenaan dibuat sejurus penduduk membuat
aduan kepada Biro Pengaduan Awam UMNO Bahagian Telok Kemang.
Bibi Sharliza berkata, beliau sedih selepas mengetahui kisah hidup dialami Nur Atiqah dan adiknya.
Katanya, pihaknya akan membantu kedua-dua beradik itu mendapatkan
kediaman lebih selesa, pekerjaan dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Pergerakan Puteri dan Wanita
UMNO Telok Kemong turut menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada
dua beradik terbabit. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
6 Tahun, hidup menderita di bawah kerajaan UMNO/BN, baru sekarang ada
yang ambil tahu? Bertanggung jawabkah pemimpin Malaysia hari ini?
Bandingkan dengan kisah ini?
Kisah Pemimpin Islam (Umar Al-Khattab) dengan rakyat miskin.
Umar Al-Khattab, adalah seorang pemimpin negara Islam Madinah. Beliau sangat bertanggung jawab. Beliau sentiasa ambil tahu keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.
Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan. Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....
Umar Al-Khattab, adalah seorang pemimpin negara Islam Madinah. Beliau sangat bertanggung jawab. Beliau sentiasa ambil tahu keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.
Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan. Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....
Wanita
itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat
lapar. Sadina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala
api di bawahnya. Fikirnya
tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan
menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis.
Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”
Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”
Saidina
Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut
diulangi beberapa kali... walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa
yang agak lama.....
Sadina
Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus
mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan.
Akhirnya beliau menjadi hairan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit
rasa tidak puas hati kepada pemimpin negaranya itu, kerana tidak
membantunya.
Saidina
Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut. Beliau
memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu. Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu.
“ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis?..” Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.
“ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis?..” Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.
“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar r.a. bertanya.
'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saidina Umar r.a. lagi
Wanita
tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada
anak-anaknya.Wanita itu menghampiri Saidina Umar r.a dan berbisik ke
telinganya.
"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya.
“Sebenarnya
tidak ada makanan di dalam periuk itu. Periuk itu hanya berisi batu
untuk mendiamkan anak-anak saya. Tetapi anak-anak saya fikir tentu ada
makanan di dalam periuk.
"Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus
menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur. Kemudian mereka
akan terlupa rasa lapar.
"Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak
makanan... dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana
keletihan dan tertidur...." Jawab ibu itu.
Hanya dengan merebus batu dalam air dapat
menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang
dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur. Setelah
anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saidina Umar r.a yang
suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak
mempunyai duit untuk membeli makanan.
Malangnya
orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu kesusahan yang
ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan
menolong.
“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu.
“Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan
suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil
berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.
Saidina
Umar r.a, bersimpati dengan wanita miskin itu. Umar berkata.. "Kenapa
ibu tidak adukan perkara ini kepada Khalifah? Bukankah beliau boleh
membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan
dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” Nasihat
Umar...
"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.
“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi
Terkejut Umar..
“Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu? Terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.
“Saya sangat kesal dengan pemerintahannya. Beliau sepatutnya melihat
keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata. Terdapat ramai lagi orang
yang senasib dengan saya...” Jawab ibu itu.
Terhiris
hati Umar. Beliau langsung menangis teresak esak mendengar keluhan
wanita tersebut, sehingga airmata beliau membasahi jubahnya. Beliau
terus bingkas bangun
keluar dari rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal
dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.
Sebaik
sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang pembantunya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.
"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Saidina Umar r.a.
"Adakah engkau sanggup memikul dosa-dosaku di akhirat kelak?"
"Di
hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan
aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari
ini." sambungnya lagi.
Pemimpin
tertinggi Islam itu memikul karung sarat berisi makanan ke rumah
wanita tersebut. Sesampainya, beliau sendiri yang memasakkan makanan
untuk
anak-anak itu, malah beliaulah yang memberi mereka makan. Ibu tua
tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Saidina Umar r.a.
Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,
"Engkaulah
yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a. Engkau baik,
murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada
seorang khalifah (pemimpin negara)." Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.
Keesokannya
Saidina Umar telah memanggil ibu tua itu datang menghadap.
Alangkah terkejutnya ibu tua itu bila melihat 'Khalifah zalim' yang
disangkanya itu adalah sebenarnya lelaki yang datang membantunya malam tadi.
"Puan", kata khalifah, "Akulah Umar" .
"Memang, adalah
kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau. Tetapi sekarang
anak-anakmu telahpun makan dan dapat tidur dengan sukacita. Aku juga
telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada
engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah
mereka dewasa."
Khalifah
Umar telah menghadiahkannya wang serta segala keperluan hidup, dan
merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak men'dakwa'nya di hadapan
Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak. Masya Allah!
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment