Thursday, May 08, 2014

SPR Umum PRK Teluk Intan 31 Mei.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada 31 Mei. Gambar fail The Malaysian Insider. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada 31 Mei. Gambar fail The Malaysian Insider.
















Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh pengundian awal ialah pada 27 Mei.

Beliau berkata, PRK itu akan menggunakan daftar pemilih induk 2012 digabungkan dengan daftar pemilih  2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.  SPR sebelum ini mengumumkan PRK Parlimen Bukit Gelugor ialah pada 25 Mei dan hari penamaan calon 12 Mei.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng, 48, yang meninggal dunia kerana penyakit kanser. Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi pada 1 Mei lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Leong menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam. – 8 Mei, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails