Monday, May 05, 2014

Pakatan Rakyat Mungkin Berpecah Kerana Hudud - Kit Siang

PETALING JAYA: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah jika hudud menjadi satu isu besar.

"Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif," katanya di sini, Ahad.

Barisan Alternatif adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2004. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jika situasi itu berlaku, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR atau PAS boleh dianggap gagal.

Beliau berkata, desakan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat berikutan ketidaksepafahaman berhubung pelaksanaan hudud tidak seharusnya dipandang ringan kerana isu ini semakin hangat dalam beberapa minggu sahaja.

"Pakatan tidak akan berterusan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen jika hudud adalah agenda utama pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Cadangan itu mendapat bantahan DAP, sama seperti komponen BN lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan. (mStar)

4 comments:

Anonymous said...

DAP pernah tinggalkan PAS dulu sewaktu BA...so once talaq pertama dah terjadi...talaq kedua should not be difficult.
Biarkan hudud berjalan dulu and once they see the beauty of the system.....mudah2an segala sikap2 negatif terhadap hudud akan beransur2 hilang and mudah2an mudah utk dilaksanakan diperingkat kebangsaan.
Sampai bila nak tunggu semua org setuju...chicken and egg jer la jadinya.

Anonymous said...

Kenapa mesti fokus sgt psl hudud sedangkan tak lebih dari 10-20 ayat jer pun yg bercerita psl hudud dalam Quran ni....well...how many ayat b4 kita decide cukup? Then berapa bilangan ayat pulak yang melarang psl zina....psl judi....psl mkn babi dan bangkai...psl menilik nasib...spl mengadu domba...psl selidik dulu cerita sebelum bertindak....psl diwajibkan pose...psl tutup aurat.
So how? Should we abandon that too?

Anonymous said...

Hudud is for Muslim only and yet DAP is so adamantly against the implementation of it. Why? Risaukan kebajikan Melayu? Risaukan perpaduan rakyat Malaysia? Undang2 dan perlembagaan?

Podih Bonar said...

Dalam Al-Quran Allah SWT dah beritahu orang-orang KAFIR tak kira ZIMMI atau HARBI tidak akan redha dengan Islam sampai kiamat. Orang Kafir ni akan cuba sedaya upaya mereka untuk mengkafirkan umat Islam kalau tidak pun menjadikan umat Islam ni mengikut cara hidup mereka. Semua ni telah ALLAH SWT beritahu dalam Al-Quran. PAS jangan takut pedulikan tentangan MCA,DAP atau mana-mana parti bukan Islam. Kalau perlu keluar Pakatan Rakyat pun buat aje takde guna PAS jadi melukut di tepi gantang. Pertolongan Allah akan datang dalam pelbagai cara. Jangan ada rasa takut hilang undi orang Kafir serahkan perkara tu kepada Allah yang penting hukum Allah perlu ditegakkan dengan apa cara sekali pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails