Monday, May 05, 2014

Muslimat Bantah GST 'pelacur'. -Kata Ulama Muda UMNO



KUALA LUMPUR: Heboh di laman facebook yang engecam tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan muslimat yang turun ke Himpunan Bantah GST Khamis lalu sebagai 'pelacur'.

Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu iaitu sehari selepas puluhan ribu berhimpun di Dataran Merdeka di ibu negara, Mohd Radzi antara lain menulis;

 "Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya".
"Muslimah tudung labuh yang kali demonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan".
"Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!

Biarpun ada pengguna yang cuba mengur beliau dalam ruangan komen entri-entri tersebut, beliau bagaimanapun tidak mahu berganjak dengan tuduhan itu. Malah beliau menyifatkan orang terasa dengan kritikan beliau itu sebagai 'jahil budaya'.

"Hakikat nya mereka ini jahil budaya Melayu walau mereka ini bangsa Melayu," katanya.

Sementara itu Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap. Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya. - HARAKAHDAILY 5/5/2014

1 comment:

Anonymous said...

Barua2 Haprak melalak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails