Saturday, May 10, 2014

Curi Ayam Sokong Hudud, Curi Balak Lepas. Anwar Sindir Siapa?


Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Umno menggunakan isu hudud bagi mengaburi mata masyarakat terhadap isu negara lain yang lebih penting. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2014. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Umno menggunakan isu hudud bagi mengaburi mata masyarakat terhadap isu negara lain yang lebih penting. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2014. 

Umno tidak ikhlas sokong hudud, mahu sembunyi kecuaian kendali MH370, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyatakan sokongannya kepada cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Umum PKR itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan PAS untuk membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.

“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?
“Tidak mungkin orang curi ayam (baru mahu) sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini berkata PAS tidak perlu bergabung dengan Umno bagi menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu sebaliknya kedua-dua parti perlu komited untuk melaksanakan hukum Islam itu, lapor Bernama.

Katanya, hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung. – 10 Mei, 2014. (TMI)

1 comment:

Unknown said...

Anwar sakit. Beliau perlukan rawatan. Tolonglah dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails