Wednesday, January 15, 2014

Bukti Tiada Pemimpin Dihukum Kerana Menipu.. -Guan Eng

lge parlimen

KUALA LUMPUR, 13 JANUARI: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy daripada tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkaitan skandal RM12.85 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.

Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.

Chan pada 28 Februari 2011 dituduh menipu Abdullah mengenai projek bernilai RM1.9 bilion antara 2004 dan 2006 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan bahawa bekas menteri itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kesalahan, maklumat yang mengelirukan atau ketidaktepatan dalam menyediakan dokumen kementerian berkenaan pengambilan tanah, meskipun Ling menandatangani dokumen terbabit.

Menurut hakim, jika ada pun, kesalahan terbabit mesti dibahagikan dan dipertanggungjawabkan ke atas pegawai Kementerian Pengangkutan yang mendraf dan menyediakan dokumen berkenaan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, adakah pegawai Kementerian Pengangkutan di bawah Tun Dr Ling sudah didakwa kerana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan mengatakan pertuduhan itu digugurkan selepas mengambil kira hujah peguam Chan mengenai pembebasan dalam kes Dr Ling, yang mana tidak dirayu oleh pihak pendakwa.

“Patutlah Malaysia dimahkotakan sebagai juara dunia dalam hal korupsi oleh Wall Street Journal dan Transparency International.
“Prestasi cemerlang Malaysia sebagai juara korupsi dunia dijustifikasikan dengan aliran keluar wang haram sebanyak RM173.84 bilion (US$54.18 bilion) pada 2011, keempat paling teruk di dunia.
“Bagi 2011, Malaysia berada di belakang Rusia (US$191.14 bilion), China (US$151.35 bilion) dan Indian (US$84.93 bilion). Daripada segi per kapita, Malaysia adalah juara dunia kerana populasi kita adalah 10 kali lebih kecil berbanding China, India dan Rusia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti (GFI) menganggarkan sejumlah RM1.2 trilion (US$370.38 bilion) telah lesap dalam bentuk wang haram antara 2002 dan 2011, atau hampir RM4,300 setiap seorang warganegara sepanjang 10 tahun lalu.

Menurutnya, pada masa sama, tidak ada tindakan diambil bagi membendung pembaziran dan ketidakcekapan yang dilaporkan Ketua Audit Negara pada 2012, yang membabitkan RM6.5 bilion.
Guan Eng berkata, sehingga kini, tidak ada siapa pun diambil tindakan kerana kesalahan itu.

“Pengguguran pertuduhan oleh pihak pendakwa terhadap Chan memperlihatkan wujudnya pendakwaan terpilih dan keadilan mudah menjadi mangsa kepada kekuasaan.
“Sistem undang-undang hanya boleh berkesan apabila ia dibenarkan melindungi hak rakyat dan bukan sahaja pemimpin. Sistem undang-undang kita akan berhenti berfungsi sekiranya kita membenarkan penyalahguna wang rakyat terlepas bebas daripada hukuman dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” tambahnya.-Roketkini.com

2 comments:

Anonymous said...

BOM AL TANTUYA TARA KENA APA.INI TIPU WIN AND WIN SITIUATION

Unknown said...

cina mau cina didakwa dan dihukum ... tetapi melayu umno manyak sayang sama cina, kasi free itu cina ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails