Thursday, December 26, 2013

Sehari 16 Kes Orang Hilang Tahun Lepas -Naib MCPS




Purata 16 kes orang hilang terutama yang melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita dilapor di negara ini setiap hari tahun lepas.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebanyak 5,721 kes orang hilang dilapor tahun lepas dengan 3,127 orang atau 54.7% kes dijumpai semula.

Beliau berkata statistik antara Januari hingga 23 Dis tahun ini turut menunjukkan tahap membimbangkan dengan 4,998 orang yang dilapor hilang, hanya 2,382 orang atau 48% berjaya ditemui.
Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye. Lee berkata terdapat beberapa faktor berlaku kes orang hilang termasuk diculik dan bunuh. Terdapat juga kes orang hilang terutama di kalangan remaja yang melarikan dari rumah akibat tekanan, masalah dalaman keluarga atau mengikut teman lelaki, katanya.

"Saya sarankan ibu bapa perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi memastikan lebih banyak perhatian diberikan pada pembangunan dan perkembangan hal ehwal keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata sekiranya institusi kekeluargaan rapuh, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan sehingga mereka melarikan diri mengikut teman lelaki dan mungkin terjerumus dengan gejala sosial atau jenayah seperti dilacurkan.

Sementara itu Chuah berkata Melaka mencatat peningkatan orang hilang sebanyak 20 kes kepada 176 kes antara Januari hingga hari ini, berbanding 156 kes tahun lepas. Beliau berkata kebanyakan kes melibatkan remaja yang bertindak melarikan diri dari rumah. - Bernama, 26 Disember, 2013.

Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails