Friday, December 27, 2013

BN: Barang Naik, Jenayah & Kemalangan Pun Naik?



KL: Impak inflasi bukan sahaja dari aspek kewangan tetapi kesan sosial ke atas keutuhan kekeluargaan apabila ibu bapa mula membuat pelbagai kerja tambahan pastinya menjejas pelbagai aspek keharmonian keluarga dan anak-anak.

“Ini sudah pasti. Apa lagi? Ada lagi dan yang ini tentunya menyayat hati,” ujar Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar sebelah) kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, mengikut kajian sebuah badan penyelidikan (International Association of Traffic and  Services) setiap kali bahan bakar iaitu petrol dan diesel naik dan inflasi tercetus, maka golongan berpendapatan rendah akan merubah cara hidup mereka.

“Menteri-menteri BN tak payahlah suruh rakyat ikat perut atau suruh ambil jalan alternatif kalau tak bayar kenaikan tol sebab rakyat memang tahu sangat untuk survive,” ujarnya sinis.

Katanya, hanya menteri-menteri  yang boleh hidup mewah bershopping di Harold London dan bandar-bandar besar dunia semasa cuti krismas dan Tahun Baru sedangkan rakyat sudah mula mengikat perut dan sedang bergelut untuk menyiapkan anak-anak hendak mula bersekolah.

Namun apa yang hendak didedahkan beliau ialah apabila rakyat marhaen bertukar dari kereta Kancil dan Proton Saga kepada menunggang motosikal untuk ke pejabat, maka di situ jugalah dapatan kajian membuktikan bahawa kadar kemalangan meningkat.

Menurutnya, sudah umum maklumi bahawa Malaysia merupakan negara punyai risiko kematian jalanraya tertinggi di dunia, yang mana penunggang motosikal terdedah tiga kali ganda risiko kemalangan berbanding menaiki kereta.

“Dengan kenaikan kos saraan hidup ini atau inflasi barang naik ini, rakyat Malaysia sekaligus berdepan dengan maut jalanraya.

“Apakah kerajaan Umno BN sedar akan akibat perbuatan mereka menaikkan secara mendadak kesemua ini? Umno BN memangsakan rakyat!” tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Menurut beliau lagi, satu dapatan kajian sekumpulan penyelidik USM pada 2009 juga menemui hubungan faktor inflasi dan kadar jenayah.

“Sayugia dingatkan kerajaan Najib dengan NKRA jenayah serta KPInya pasti akan tercalar apabila rakyat lebih mudah menukar  kerjaya mereka atau menambah pendapatan dengan meragut, mencuri dan merompak,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, dapatan menemui hakikat bahawa semasa dalam tekanan kos saran hidup yang tinggi-inflasi, kadar jenayah meningkat.

Ini, katanya kerana rakyat juga diheret ke kancah jenayah atau menjadi mangsa jenayah.

“Pencetusnya siapa?” tanya beliau. (HD)

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee) 
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang) 
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails