Program begini di Kemboja kan baik? Mengapa puak-puak tertentu dengki sangat?
Isteri katalog Kemboja 
Phnom Penh: Helah melakukan kerja amal di Kemboja dipercayai menjadi 
tiket untuk warga Malaysia menikahi gadis atau wanita Muslim di Kampung 
Champ, di sini.
Bagaimanapun, pernikahan ekspres diuruskan sindiket tertentu itu bukan saja diragui sah atau tidak, malah menimbulkan masalah kepada penduduk setempat apabila isteri baru ditinggalkan begitu saja.
Kunjungan wartawan Harian Metro ke sini,  baru-baru ini mendapati 
sindiket ‘perancang mahligai’ itu didalangi warga Malaysia lingkungan 
40-an hingga 50-an.
Mereka bergerak di hotel sekitar Phnom Penh dan menyediakan katalog khas yang memaparkan wajah gadis atau wanita Cham yang ingin dipilih sebagai isteri.
 Konon, gambar seorang wanita Muslim Cham merenung jauh nasibnya. Kahwin suka sama suka, bantu membantu, dituntut oleh Islam, di mana salahnya?
Konon, gambar seorang wanita Muslim Cham merenung jauh nasibnya. Kahwin suka sama suka, bantu membantu, dituntut oleh Islam, di mana salahnya?Pihak Kedutaan Besar Malaysia, di sini turut mengesahkan pembabitan warga Malaysia sebagai dalang sindiket itu berdasarkan maklumat daripada pejabat mufti di Kemboja. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa permasalahkan kahwin di Kemboja, tidak permasalahkan najis zina di Kemboja di kalangan rakyat Malaysia? Jangan ikut sangat si mulut lebar wanita UMNO yang sering permasalahkan orang berkahwin dari orang berzina.
Lihat sebelum ini...
Forum Usahawan 1
 
  
 
 

No comments:
Post a Comment