Perbuatan Biadab Gantikan Huruf Alif Pada Kalimah Allah Dengan Logo 1 Malaysia
RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak 
tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu 
atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan 
berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang 
diedarkan di sekitar kawasan ini. Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf 
alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur 
gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.
"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan
 sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai 
agama.
"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur 
pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja 
mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.
Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan 
tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad 
Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan 
edaran kertas tersebut.
"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.
“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).
“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.
Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.(TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT/SH)
Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya!
Forum Usahawan 1: Tambah Pendapatan & Mula Niaga Dari 0.. Begini Caranya!


 
 

No comments:
Post a Comment