Oleh Johari Jaafar 
  Dato’ Seri Mohammad Nizar  Jamaluddin 
KEMENANGAN  BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan
 yang  boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi 
Menteri  Besar Perak, Dato’ Zambry Abdul Kadir.BN cuma menang dengan 
kelebihan 3  kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada 
PRU12 lalu.  Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28.    
Sekarang
 terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak  
menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN “melompat” ke Pakatan  
Rakyat. Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, 
tetapi ia  terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, 
Changkat  Jering dan Behrang “melompat” parti menjadi Adun bebas. Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.
Pilihan
 raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti  Lubok 
Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan  Selama
 (619). Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila  
baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen 
 di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri  
itu. Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama. 
Menurut
 Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar  Jamaluddin, 
petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti  berlakunya 
penipuan pilihan raya. Antara penipuan yang dikesan termasuk 
warga asing boleh mengundi,  orang lain sudah mengundi untuk pengundi 
yang sah, dan keraguan peratus  undi rosak yang lebih tinggi berbanding 
undi majoriti.
Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga 
daripada pitesyen itu  berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan 
semula di kawasan  berkenaan. Memandangkan “mood” rakyat yang kian 
bergelora dengan slogan  Pakatan Rakyat “Ini kali lah” pastinya BN cukup
 sengsara untuk memenangi  semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan 
Pakatan Rakyat menerajui  semula negeri ini. 
Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat. 
Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.
 Jika
 diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola  
pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang  
dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 
 70 peratus pengundi Melayu.
 Perkembangan yang berlaku 
menyaksikan berlakuknya pertambahan  pengundi yang mendadak di Dun 
Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima  tahun ini. Di Manjoi, 
pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu  juga Pasir 
Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata  luar biasa 
bagi sebuah kawasan kampung. Ini yang menjadi tanda-tanda  bagaimana 
boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak.
Pada pilihan 
raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh  peratus sahaja, 
begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata  biasa 
pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak  19.6 
peratus. Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang 
mendadak  menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua 
kawasan itu  dimenangi BN dengan majoriti tipis.
 
Pada pilihan 
raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh  PAS, tetapi kali 
ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di  kawasan itu, Jika 
dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan,  antara punca 
kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru  sebanyak 5,463. Calon
 PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd  Azhar 
Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718,  
berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.
Pada
 pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada  jumlah 
undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd  Azhar 
Jamaluddin. Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu  
kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti.
WARTA UTARA ONLINE

 
 

1 comment:
HUKUM KARMAH...... BAGAIMANA PULA KJADIANNYA KALAU BARISAN JADI CALON BEBAS. MENYEBERANG KE PENYOKONG PAKATAN....
Post a Comment