Wednesday, May 22, 2013

Lagi-lagi Rogol!



KOTA BHARU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang pekerja pasar raya di dalam semak, dua tahun lalu.
Hakim Mohd Yusoff menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Najibullah yang berusia 18 tahun dua bulan ketika kejadian didakwa merogol mangsa berusia 18 tahun tiga bulan di Cherang Ruku, Pasir Puteh antara jam 10 malam hingga 1 pagi, 2 Disember 2011.


Dua: Acu pisau sebelum perkosa 
Bangla Rogol Indon Di KL
Kuala Lumpur: Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menonton televisyen manakala majikannya keluar dan anak majikan dalam bilik di tingkat atas.

Sumber polis berkata, lelaki warga Bangladesh itu difahamkan berlegar-legar di perumahan itu sejak beberapa hari lalu dan mangsa tidak pernah bercakap atau mengenali lelaki itu. Katanya, pada hari kejadian, mangsa berada di dalam rumah dan tanpa disedari lelaki terbabit menyelinap melalui pintu kaca belakang tidak berkunci.


Kini, kisah-kisah jenayah rogol sudah jadi biasa sahaja.. Mengapa, bagaimana atasi? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails