Wednesday, May 22, 2013

Gempar! Kematian Tahanan, Kes Paling Buruk Selepas Kugan Ditemui


KES terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

NONEPeguam keluarga mangsa N Surendran (kiri) berkata, kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. (Mk)

1 comment:

Anonymous said...

hidup KDN,teruskan kerja2 sebegini dan masih mendakwa terbaik di Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails