| Aunti Bersih 
 
 
 
 Aruchelvan berucap kepada orang ramai yang berkumpul di depan Balai Polis Jinjang..Pic Omak Kau 
 
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan 
keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi 
membantah penahanan Adam Adli.
 Mereka berkumpul secara aman 
sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang 
ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan 
itu.
 
 Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan 
muda serta lelaki dan wanita telah berkampung  sebagai menunjukkan 
sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai 
Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.
 
 
  Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia. 
 Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.
 
 Penahanan
 Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga 
Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum 
ini.
 
 Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang 
ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin 
menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.
 
 "Saya 
mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam 
Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.
 
 "Serentak
 itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang 
dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada 
satu kenyataan media.
 
 Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan 
ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di 
bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.
 
 Berikutan
 itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala 
Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti 
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.
 
 Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.
 
 “Adam
 Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang 
menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi 
jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.
 
 Dalam pada itu, 
Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin 
politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan 
kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil 
tindakan.
 
 
 (
IH/OK/dll) |  |  |  |  | 
No comments:
Post a Comment