Wednesday, May 22, 2013

Serlahkan Sukan Memanah, Suatu Saranan.

pix_topright

SUKAN
"TERUJA melihat kanak-kanak berusia lapan hingga 10 tahun sedang asyik melenturkan anak panah pada busurnya, kemudian melepaskannya ke atas. Anak panah terbang tinggi ke udara lalu menjunam terpacak di tanah pada kejauhan hampir 50 hingga 100 meter. Tidak kira lelaki mahupun perempuan melakukan aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh. Jelas terpancar kepuasan pada wajah masing-masing ketika melepaskan anak panah dan mengutipnya kembali." Tulis Siti Zarinah Sahib myMetro.

Menurutnya, walaupun pada petang itu cuaca gelap dan hujan renyai-renyai namun masing-masing sanggup basah dan berlatih di dalam hujan. Kemudian mereka beredar ke dalam khemah disediakan untuk mendapatkan maklumat daripada jurulatih yang juga pengasas dan penyelaras Program Learning Archery Through Play (LEAP), Sheikh Fuad Sheikh Mahmud bersama isterinya Thuraiya Zakaria Omar Bagharib.

Menurut Sheikh Fuad, aktiviti memanah dapat membantu individu terutama kanak-kanak membentuk emosi positif, membina daya tumpuan tinggi, sabar dan berdisiplin selain mengatasi rasa ketakutan.
FotoSHEIKH FUAD menunjukkan teknik yang betul memegang anak panah. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jika diperhatikan sukan memanah kanak-kanak agak kurang menyerlah berbanding aktiviti lain seperti berenang, balet atau seni mempertahankan diri namun memanah mempunyai banyak kebaikan bukan saja pada kesihatan tetapi mental dan emosi. Diharap kementerian belia dan sukan yang baru dapat memainkan peranan bagi menyerlahkan sukan tersebut. Ini suatu saranan! (IH)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails