Wednesday, May 22, 2013

Kesalahan Memalukan YDP Agong, Siapa Tanggungjawab? Kit Siang


SEGAMAT – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini tidak sah dan terbatal. Menurutnya, walaupun kelima-lima mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, ianya tidak sah kerana kelima-lima mereka perlu mengangkat sumpah sebagai Senator terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

“Sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama saya melihat situasi sebegini kerana ini merupakan kesalahan besar membabitkan perlembagaan. Mengapa ia berlaku sekarang?
“Ini kerana sehingga kini kelima-lima mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baru Najib,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sehingga kini, Datuk Seri Najib masih lagi membisu mengenai pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong ini sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa. Jika saya salah sila bidas.
“Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak juga mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka boleh dianggap tidak sah dan boleh dicabar,” katanya.

Kit Siang sebelum itu beramah mesra dengan pengundi Cina di kedai kopi Nam Yuen, Kampung Abdullah, Segamat. Turut hadir, Adun Jementah, Tan Chen Choon. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails