Monday, May 20, 2013

Sokong Jawatan Speaker S'ngor, PAS Pengimbang Dunia-Akhirat..

Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Pas di Selangor layak menerima empat atau lebih kerusi exco berbanding dua lagi parti komponen PR iaitu DAP dan PKR. Penganalisis politik, Prof Mohd Mustamam Abd Karim berkata, Pas bukan sahaja layak kerana memenangi 15 kerusi Dun pada PRU13 malah pencapaian parti itu yang semakin baik sepanjang lima tahun memerintah negeri ini boleh dipertimbangkan.

“Melalui pemerhatian saya, Pas selama lima tahun ini telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan mempunyai prinsip sendiri biarpun berganding sama dengan DAP dan PKR memerintah negeri ini.
“Pembahagian kerusi exco yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu memang baik tetapi lebih bagus sekiranya Pas dapat lebih lagi, mungkin jawatan Speaker negeri boleh beri kepada Pas sebagai tanda penghargaan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, Pas kini lebih terbuka dalam perjuangan parti bukan hanya membawa pendekatan kerohanian malah pencapaian ekonomi diutamakan dalam masa sama mementingkan sentuhan terus kepada rakyat.

“Pendapat saya, wakil rakyat Pas khususnya di Selangor ini mudah kelihatan berdamping dengan rakyat dan mereka ini melaksanakan pendekatan turun padang tanpa mengambil kira kaum dan agama.
“Malah, kenduri kahwin pelbagai bangsa pun mereka hadiri, rakyat suka pemimpin begini kerana tugas sebagai wakil rakyat ini perlu tahu hal pentadbiran dan menjadi perantaraan antara golongan profesional (pentadbir negara) dan rakyat,” katanya.

Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan barisan Exco Selangor nanti akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

Sementara itu, editor Weblog Ibnu Hasyim  Dr Hj Mohd Hasyim bersetuju pandangan penganalisis politik, Prof Mohd Mustamam Abd Karim itu..

"Bahkan PAS boleh jadi pengimbang ke arah perjuangan dunia dan akhirat, sesuai dengan pemikiran orang Melayu turun temurun dan agama Islam, agama bagi Persekutuan negara.

"Contohnya, isu kilang arak di Selangor, dalam projek jangka panjang atau pendeknya perlu ada rangka penyelesaian. Bagaimana mewujudkan perusahaan ganti, sehingga pekerja-pekerja Islam dapat diselamatkan dari sambaran api neraka. Atau mengubah sedikit perusahan arak itu,  ke arah minuman dari haram menjadi halal.

"Itu suatu contoh, banyak lagi hal-hal teknik dan strategi agama Islam yang lain perlu dicanggihkan, sesuai dengan keadaan negeri Selangor yang multi-racial dan bertaraf hidup tinggi. Bukan sahaja syarikat-syrikat saja canggih, bahkan intitusi agama seperti peranan masjid juga perlu canggih dan bertaraf global." Kata Hj Mohd.

7 comments:

Anonymous said...

secara umumnya pas memang baik tapi...

diselangor kawansan sri damansara..boleh tak pas cerita cam mana calon pkr boleh kalah...tu belum di tempat lain negeri lain...selalu saya katakan pas mesti ahlaknya sesuai dgm kopiah dan serban yg dipakai...jgn la ngaku terbaik dan mintak jawatan mcm kamu menang sbb kamu pas terbaik sgt...hargai lah semangat setiakawan dap dan pkr dari ahli akarumbi sampailah presiden...pkr boelh dpt kerusi lebih banyak di dun selangor kalau ahli pas mangkah sebagaimana ahli pkr sokong pas....jadinya jangan timbulkan isu di atas lagi...pas pun terlepas dah kedah...apa kau buat....pas tak bagipun pkr masuk perlis...pas tak bagipun anwar kempen di terengganu....ni la perangai pas...patut lah pas kalah diputrajaya sbb perangai tak molek dan dok bijok...kalau tak de tna dah lama tgha berkawan dan berkerajaan dgn setan yg dikenali...tak gitu...

Anonymous said...

aku sokong!!!!! sebab dulu ahli wala' pada pemimpin dan boleh dengar pendapat ahli akar umbi tapi sekarang pas dah berubah...secara tak langsung pas ni pn ada jaga geng..mcm di kedah.pendapat akar umbi tak mau dengar..bila kalah tak mau mengaku pulak...buat kerja sikit semua dok kira duit jer...sini nak duit..sana nak duit...

Unknown said...

Selagi ada bloggers pro PR yg gila rating n rangking! Selagi gila diorang tuh menyebabkan sikap megalomaniac diorang selagi itu la PR x kn aman dan bersatu kpd keputusan pimpinan!

Dan penyokong PR pon akhlak mereka lebih kurang penyokong umno jer..cuma baik sikit dr segi ugama! Alangkn ustaz dan golongan ugamawan pon mencampakkn diri ke lingkungan sekular dan assobiyah tanpa memeluk umno..inikan pula penyokong yg hanya sokong tanpa belajar dan beriman..apalagi beramal dgn ilmunya..apakala ilmunya itu adakah dtg dari guru yg murshid?

Hmm org melayu..x kn bersatu atas dasar isme dan kepartian..sebaliknya atas dasar ukhwah islamiah!!

Krankenman!

ibid67 said...

Silap ari buln jdi le kenyataan pas ganti umno tu..pakat glak hahaha hihihi huhuhu.
Mari kita nengok pas ganti umno punye prangai:-
Pas sri damansara
Pas sg acheh
Pas "kumpulan UG" yg slalu merugikn PR dgn kenyataan2 yg ghapla jingga caca merba
Pas kedah
dll le ye
...so pas mesti muhasabah diri le ye hehehe

Tembakau Jawa said...

Saya rasa Speaker bagi kat DAP sebab PAS dah dapat 4 exco. Ini untuk elakkan rasa tidak puas hati DAP dan untuk elakkan PAS dituduh gila kuasa dan tamak jawatan. PR perlu tunjukkan sepakatan diantara parti komponen supaya rakyat yakin dan dapat elakkan UMNO guna isu ini untuk burukkan PR. Muafakat membawa berkat.

Anonymous said...

Ngapa nak kata PAS saja.Selepas PRU 12 dulu sape yang banyak lompat parti??? Bukankah PKR dan DAP? ???!! KUMPULAN UG tu orang yang tamak kuasa dan merupakan serpihan dari UMNO dan ia tak menjadi bencana kepada PR.TAPI YB PKR dulu lompat parti sampai runtuh kerajaan PR di PERAK......Tak ingat ka????!! Jadi jangan sedap mulut dok nak hentam PAS saja.Sepatutnya kita cuba mempebetulkan kesilapan yang berlaku BUKAN MASA UNTUK MEMANASKAN KEADAAN.

Tembakau Jawa said...

Anon 4.14pm kenapa orang asyik hentam PAS adalah kerana PAS dilihat mudah melatah apabila diprovokasi oleh BN contohnya isu Hudud,siapa PM kalau menang,isu kerajaan perpaduan,kenyataan pimpinan PAS boleh keluar PR bila-bila masa dan banyak lagi. Selain itu isu pertembungan calon di beberapa kerusi juga turut menimbulkan ketidakpuasan hati penyokong PKR dan DAP. Tak lupa juga isu kegagalan PAS pertahankan Kedah dan terakhir sekali isu calon MB Selangor. Saya sarankan PAS bersikap low profile sekarang dsn muhasabah diri untuk kebaikan PAS sendiri dan PR. Apabila kita dalam satu gabungan kita kena jaga hati dan perasaan sahabat dan sekutu kita tak boleh ikut sedap mulut kita aje.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails