Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Sementara itu di Shah Alam, Pas menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, media arus perdana setiap hari memaparkan kritikan dan kutukan terhadap Hadi secara terbuka dan boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Menurutnya, cadangan yang diberikan untuk mengadakan sesi muzakarah secara tertutup itu tidak adil kepada Hadi. Beliau juga berkata, Pas tidak bersetuju bukan kerana takut atau untuk lari daripada isu tersebut, tetapi cadangan itu dilihat tidak adil. (IH)