Saturday, November 10, 2012

ASK 2012, Tidak Islamik & Merosak Pembangunan?


TERBAIK...Maya Karin dan Shaheizy.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

 
TERBAIK kononnya...Maya Karin dan Shaheizy.
MALAM tadi sempat saya menonton tv secara imbsan atau sambil lewa, siaran langsung  program Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Drama Di Telapak Kaki Bonda terbitan Filmscape Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik. Drama diterajui barisan pelakon yang kononnya hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azminda karya arahan Kabir Bhatia itu menewaskan drama lain, Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kejayaan berganda diraih drama ini apabila Kabir Bahtia turut dipilih sebagai Pengarah Terbaik Drama, diikuti beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dimenangi Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik. Pelakon berpengalaman, Namron yang membintangi drama Parit Jawa diumumkan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik manakala drama Aku Ingin Terbang memenangi Videografi Terbaik.


Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pula, kemenangan berpihak kepada pelakon berpengalaman, Ruminah Sidek atau Mak Mah menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa. Ia sekali gus menjadi kejutan apabila artis veteran itu berjaya menewaskan pelakon popular seperti Erra Fazira (Parut Ashikin) dan Fasha Sandha (Ku Petik Dosa). 

Sementara itu, kategori Pelakon Lelaki Drama dimenangi pelakon senior berbakat, Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah, mengenepikan cabaran hebat Eman Manan (Parit Jawa) dan Zaidi Omar (Ku Petik Dosa).

Bagi Filem arahan Dain Said unggul dalam ASK2012em diraih Shaheizy Sam menerusi Songlap. Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su dan model jelita, Tengku Azura. Filem itu terlebih dulu menang Lakon Layar Terbaik.


Bagaimanapun, Bunohan tewas di tangan pengarah bersama, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak yang muncul sebagai Pengarah Terbaik Filem melalui Songlap. Majlis berprestij yang dianjurkan sejak 1995 itu dan kini memasuki edisi ke-14, mengetengahkan tema Selami Dunia Fantasi Kami. 

Sebanyak 23 kategori dipertandingkan meliputi 11 daripadanya kategori drama, tujuh pencalonan filem dan enam kategori penerbitan dalaman. Ini termasuk dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad yang diberikan kepada Pierre Andre dan Anugerah Artis Harapan Pantene yang berpihak kepada Puteri Balqis (Pelarian).

Turut mencipta kejayaan dalam kategori filem malam tadi adalah Lisa Surihani yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Ombak Rindu.  

Begitulah kira-kira Malaysia berada di puncak kerahan asakan kebangkitan dunia hiburan negara.     

Terfikir aku, kerana negara ini, negara Islam kononnya, atau negara umat Islam, maka perlulah setiap program dalam negara ini dilihat dan dinilai dari sudut agama Persekutun atau agama rasmi negara itu. Kalau Malaysia agama Islam sebagai agama negara maka wajarlah Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) dan acara-acaranya malam tadi itu dinilai dari sudut agama negara, Islamik atau tidak?

Pertama: Adakah program itu prograam Islamik. Dari sudut hukum, pakaian menutup aurat, campur baur jantan betina, aksi kesopanan dan matlamat program itu untuk kepentingan Islam atau tidak. 

Kedua: Adakah program itu membawa ke arah pembangunan negara dari sudut rohani dan jasmani atau material dan spiritual. Ataukah hanya mampu merosakkan moral remaja, terutama di kalangan penontonnya, sehingga mengabaikan tanggung jawab seperti berpelajaran tinggi yang membantu negara, menjauhi najis dadah, arak, najis zina, pergaulan bebas dan lain-lain...  Di mana akhirnya mereka menjadi perosak yang merugikan pebangunan negara.

Kesimpulan:  Perlu dibuat suatu kajian teliti, menilai semula program-program seperti tersebut, apa faedahnya untuk kepentingan agama negara atau pelbagai agama di Malaysia dan sumbangan kepada pembangunan negara. Kalau tidak mencapai matlamat, bagaimana program itu diteruskan supaya mencapai matamatnya.

Sekian.

Selamat menyambut tahun Hijrah dan Happy Deepavali!


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  10 Nov 2012
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012 

1 comment:

Anonymous said...

Adakah nilai2 Islamik di dalam Majlis Anugerah tersebut....mengutuk Islam lagi adalah..dengan ungkapan jahil salah seorang artis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails