Friday, November 09, 2012

S/Pondok: Najib Kokok Berderai Ekor Gelumang...

NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Institusi pondok benteng pertahan Melayu-Islam
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, institusi pondok masih relevan pada masa kini kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. "Ia berfungsi untuk mempertahankan sistem nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPPM) di sini semalam. Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.

Katanya, ia mesti dipertahankan kerana sebagai ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pascamodenisme yang sedang berlaku. Najib berkata, dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap.

Menurut beliau, banyak buku karya besar diambil daripada teks pondok dan dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Justeru, beliau berkata, para ulama dan intelek Islam perlu berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan penghujahan mantap serta meyakinkan bagi menghadapi musuh.

Pada majlis itu, Najib, yang juga penaung YPPM mengumumkan geran RM100,000 bagi penubuhan sebuah pusat sumber di ibu pejabat yayasan itu. Beliau berkata, geran itu harus digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka. - Bernama

Komen Weblog Ibnu HayimPM Najib kata institusi pondok masih relevan pada masa kini, kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. Kenapa dia tak hantar anak atau suku sakatnya belajar pondok, kalau dia yakin relevan?

Kokok saja berderai-derai, ekor bergelumang tahi! Hee najis..

1 comment:

Unknown said...

Bak kata Ustaz Azhar kalau No. 1 kata yes..semua akan kata yes juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails