Tuesday, November 06, 2012

Siti Zailah, K'jaan Tak Tumpu Cegah Zina. B/mana?


KUALA LUMPUR: Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikiaan sebagai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom secara bertulis kepada soalan beliau di Dewan Rakyat. Beliau dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun lepas serta usaha yang dilakukan kerajaan bagi menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Menteri berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan pendidikan agama bermula pendidikan kanak-kanak pra-sekolah, program J-Qaf, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), kelas-kelas Pendidikan Agam Islam di sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menangah, termasuk juga kelas-kelas Takmir di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, kerajaan wajar memebrikan galakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak swasta untuk sama-sama membantu menangani masalah sosial dalam negara. (Hrkh)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Najis zina merupakan perbuatan sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah swt, firman-Nya, 
  • ”Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa : 32)  
Terlalu banyak efek ditimbulkan dari perzinahan, baik efek psikologi, sosial mahupun moral. Untuk itu Islam menetapkan suatu bentuk tarbiah melalui hukuman yang layak bagi penajis zina.. Antaranya..
  • “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2) 
  • Dari Abu Hurairoh ra bahawasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori) 
  • Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)
Hal-hal ini juga mungkin termasuk aspek pencegahan kepada masyarakat dari mengakibatkan bilangan anak luar nikah yang semakin bertambah setiap tahun, seperti kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff. seperti di atas. Dan banyak lagi aspek-aspek lain yang boleh diperbincangkan. 

Kerajaan Malaysia dan ulama-ulama kuncunya kena sedar hal ini segera. Kelalaian pemerintah termasuk ulama-ulama dalam hal ini antara penyebab turunnya peringatan dari Allah berupa bala kepada penghuni bumiNya ini. Namun Allah swt adalah tetap Maha Penerima taubat dari setiap hamba-Nya. 

4 comments:

Anonymous said...

Betul tu. Pakatan Rakyat memang fail dalam mencegah zina?

1) Video yang telah dipasang oleh perisik Negara asing yang kemudiannya ditemui oleh rakan baik Anwar sendiri iaitu Dato’ Shazril Eskay telah mendedahkan hubungan terlarang Anwar dengan seorang ‘China Doll’ tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS atas alasan kotak besi tak boleh dijadikan bukti walaupun kajian pakar luar negeri mengesahkan individu di dalam video tersebut 99.9% mirip Anwar.

2) Helmi Malik, seorang Melayu-Islam yang merupakan kekasih kepada Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Alam Sekitar Negeri Selangor telah ditangkap kerana menyebarkan gambar bogel kekasihnya itu. Tetapi langsung tidak kedengaran kecaman daripada PAS mengenai hubungan persedudukan Islam dengan Bukan Islam ini kerana melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat.

3) Dr. Badrul Amin, Pengarah Komunikasi MB Selangor telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden Kuantan pada jam 3 pagi walaupun dia telah mempunyai 2 orang isteri! Kononnya pertemuannya dengan isteri orang tersebut adalah untuk memberi sesi kaunseling.

4) Azmin Ali telah terkantoi apabila videonya bersama seorang wanita sedang membuat aktiviti ‘Aiskrim’ di tandas telah disebarkan oleh kumpulan yang pro kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Walaupun menafikan gambar lelaki tersebut adalah dirinya, sehingga kini Azmin Ali tidak berani membuat laporan polis mengenai kes tersebut.

Kalau dah pemimpin PR sendiri kaki perempuan, melanggan pelacur, mengentot bini orang, macam mana la nak harap depa ni jadi contoh untuk mencegah zina???


in before : semua kat atas tu hanyalah dusta, propaganda & konspirasi Kerajaan utk buruk-burukkan pemimpin Pakatan!

Anonymous said...

Hoi pak janggoat!!! ko belum jawab lagi soalan aku! bila ko nak siarkan artikel pasal kenyataan Nurul Izzah yang pro-murtad & pro-LGBT tu?

1) Nurul Izzah (anak anuwar) kata tiada paksaan dalam agama & patutnya terpakai juga pada orang Melayu tanpa pengecualian kepada yang ingin murtad!

2) Nurul Izzah (anak anuwar) kata golongan homoseksual yang buat hubungan terlarang ditempat tertutup tak sepatutnya dikenakan tindakan! haa... camne nak cegah zina tu????!!!

Anonymous said...

Mana bukti mahkamah? Sembang kosong?
Atau mana bukti menurut Islam? Atau kamu yang patut dhukum, kerana menabur fitnah.

Tak tahu jangan cakap Bodoh!

Anonymous said...

adakah Mahkamah dunia boleh dijadikan sebagai asas untuk membuktikan yang tertuduh sememangnya tak bersalah & bersih?

Kalau ada lawyer putar alam macam Karpal, hukum murtad pon boleh bertukar jadik halal kat Malaysia. Nak2 orang macam Anuwar & Nurul Izzah sokong pluralisme.

Biasalah, orang kalau dah takde hujah nak balas, maki hamun adalah cara terbaik macam anon kat atas ni... =) maki hamun kan memang makanan asasi PAS... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails