Sunday, September 09, 2012

Dipelawa Aqiqah & Korban Di Aceh -PKBAM

Sultan Kelantan sembelih sendiri lembu korban. Lihat  Ibnu Hasyim: Sultan Muhammad ke-V Sembelih Lembu Korban

KL 6 Sept 12: Orang ramai dipelawa supaya mengadakan ibadat korban dan aqiqah di negara Aceh, Darussalam, Indonesia. Inil, kerana perlunya jambatan hubungan antara Aceh dengan Malaysia terus dilebarkan, demi kemafaatan agama dan bangsa.. Kata Pengrusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar).

"PKBAM yang baru diluluskan penubuhan kira-kira sebulan ini, mula mengorak langkah melalui aktiviti kebajikan dengan mengadakan sembelihan korban dan aqiqah di Aceh.

"Orang ramai, terutama dari generasi Bangsa Aceh sendiri dipelawa supaya membantu aktiviti ini. Bukan sahaja Bangsa Aceh di Malaysia, bahkan yang di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Sweden, Norway, Belanda dan di negara-negara Arab, Arab Saudi, Libya dan lain-lain." Jelas Tengku Mansur.

Ditanya bagaimana hendak menolong aktiviti ini, katanya, "Mudah sahaja, sertai korban dan aqiqah melalui persatuan ini. Kami akan menyembelih binaang korban tersebut di pesantren-pesantren di Aceh, untuk disedeqahkan kepada pelajar-pelajar, anak yatim, dan orang miskin di sana."

Ditanya berapa harga satu bahagian korban, "Harga lembu di Aceh agak mahal. Kalau di negara Kemboja, lembu yang cukup syarat korban di bawah RM1,000, di Aceh melebihi RM2,000. Kalau di Kemboja satu bahagian daging korban sekitar RM300, maka untuk korban di Aceh kami anggarkan sekitar RM400. " Jelas Tengku Mansur lagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi..
Tgk Mansur Din  014 2243408
Tgk Syukri  019 6190145

(IH/Tgk Ahmad Muhammad)

Lihat sebelum ini mengenai PKBM....

Tambahan: Sedikit mengenai Korban dan Aqiqah.

Aqiqah ini disunatkan dengan kambing bagi setiap anak, Lebih baik lagi (jika mampu), jika anak lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A’isyah ra katanya :
  • أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرهم عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة
  • “Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah -3163, Sahih al-Tirmudzi -1221].
Ulama’ Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi bersabda :-
  • من ولد له غلام، فليعق عنه من الإبل والبقر والغنم
  • “Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” – [hadith riwayat al-Tabarani].
Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-

a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.

Berbalik kepada persoalan diatas, berdasarkan hadith Nabi : كل غلام رهينة بعقيقته maksudnya – “Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya”, eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra..[Hadith Riwayat Abu Daud -2841, al-Nasaa'i -4219].

Rujukan:

2 comments:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

Azman : Hasanah said...

Ketua MCA gombak ni lansung tak boleh pakai, ini syaitan yg berupa manusia....Cina laknat, semoga dia di laknat oleh Allah kerana menghalang dan memburukkan sesuatu kebaikan yg hendak kita lakukan...usah dilayan hasutan syaitan MCA ini...teruskan perjuangan pkbam....

Azman Muhammad , Bt 6 gombak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails