Tuesday, September 11, 2012

Gaun Pandang Telus, Tren Baru Pakaian Selebriti






















Atas: Lady Gaga, Bawah: Halle Barry

KL 10 Sept 12: Gaun transparan semacam sedang menjadi tren pakaian di kalangan selebriti dunia, kini. Terbukti, puak-puak Hollywood berlumba-lumba mengenakan baju tembus pandang di berbagai acara bertaraf tinggi. Setelah Selena Gomez, kini giliran Halle Berry yang menjadi pusat perhatian di Festival Film Toronto.


Berry menjadi sorotan lantaran kemeja hitam super nipis yang dipakai semasa menghadiri acara 'taraf tinggi'. Aktris berusia 46 tahun ini, tampil cantik, seksi dan elegan, kononnya. Seperti dikutip dari Daily Mail, berkat pakaian yang dikenakannya itu, Berry tampil menjolok dan mencuri perhatian di karpet merah.

emua mata tertuju kepada ibu satu anak ini. ramai berebut meminta tanda tangan  Berry. Sedangkan fotografer tidak lepas peluang itu. Mereka juga sibuk mengabadikan penampilan seksi Berry.  Ia dengan senang hati melayan peminatnya.Ia dilihar bersama  aktor Tom Hanks. Keduanya terlibat dalam filem berjudul "Croud Atlas". Aktris dan aktor ini memainkan sejumlah karakter yang berbeda dalam filem tersebut.
Transparan gelinlik olay oldu!..
"Itu menarik. Ini adalah cabaran menyenangkan," kata Berry semasa diwawancara dengan salah satu televisi di Toronto. Kemudian ia juga asyik berbincang dengan aktor lainnya, seperti Hugh Grant, Jim Sturgess, dan Hugo Weaving.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Subhanallah! (IH)

Perhatian:
Terima kasih pengomen kedua..  
Cara Betul Menggunakan Ungkapan 'Subhanallah' dan 'Masya Allah

Seringkali kita mendengar terpacul keluar dari mulut seseorang perkataan " SUBHANALLAH" dan juga " MASYA ALLAH".

Zikir Yang Menjadi Adat
Di alam Melayu, selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut jika kita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif, contohnya bila kita dengar orang yang buat maksiat

"Masya Allah, kau berjudi?"  Atau juga bila kita mendengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak dan sebagainya. "Masya Allah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau" 


Begitu juga perkataan lain yang terkeluar dari mulut , umpama " SUBHANALLAH"
Biasanya jika berlaku perkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan "SUBHANALLAH" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orang dapat 20A1 dalam SPM "SubhanaLLAH, hebatnya dia"

Begitulah  kita, jika kita mendengar sesuatu yang baik, pasti kita akan sebut " SubhanALLAH" dan jika kita mendengar sesuatu yang buruk atau negatif , kita akan ungkap "MasyaALLAH"

Penggunaan Yang Terbalik

Jika diteliti dan dikaji, perkataan (ungkapan zikir) yang kita gunakan (praktik) tika berhadapan dengan situasi di atas amat berbeza dengan apa yang diajar oleh Islam

Ungkapan "Masha Allah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara . Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangya perlu kita sebut  "Masya Allah, hebatnya, dia dapat 20A1 dalam SPM" " Masya Allah, dia dapat cipta enjin solar berkelajuan tinggi"

Juga kita boleh menyebut
"Masya Allah, cantiknya baju awak"

Al-Quran menukilkan ayat berkenaan penggunaan kalimah "MasyaAllah ini dalam surah Al-Kahfi ayat 39 (Juzuk 15):

" Mengapakah tidak engkau katakan "MasyaAllah", tiadalah kekuatan melainkan dari Allah ; tatkala engkau melihat aku kurang berbanding engkau dari segi harta dan anak pinak"

Dari ayat tersebut dapat difahami bahawa jika kita mendapati kita lebih hebat dari orang lain, maka sepatutnya kita menyebut 'MasyaAllah".  Bukan dalam bab ini sahaja bahkan dalam apa jua perkara yang indah dan menarik , inilah kalimah yang sepatutnya diucapkan, bukannya perkataan lain .

Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang mendapat penyakit " ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akan melakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam proses pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina.

Manakala penggunaan kalimah SubhanaLLAH pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat .  Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya

"Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersama para sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub, setelah itu aku datang menemui Rasulullah SAW . Baginda bersabda : Wahai Abu Hurairah, mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami? Aku menjawab: Wahai Rasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak selesa untuk bertemu kamu.   Rasulullah SAW bersabda : SUBHANALLAH!! sesungguhnya mukmin tidak najis "

Lihatlah bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah . Baginda tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat .

Oleh itu, sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "SUBHANALLAH", contohnya

"SubhanaLLAH, awak belum solat lagi?"
" SubhanaLLAH, kenapa boleh jadi macam tu?"

Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana pula ayat Al-Quran yang menggunakan kalimah "SubhanALLAH" ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi serta seisinya yang cukup mengagumkan?

Jawapannya ialah kerana ketakjuban kita dan keindahan yang memukau itu menyebabkan minda kita melayang-layang yang memudahkan syaitan menusuk 'jarumnya' untuk membayangkan zat Allah, lantas kita perlu sucikan Allah dari segala bentuk bayangan minda yang salah . Juga untuk memasukkan dalam jiwa kita sekalipun kita takjub pada alam, Allah yang lebih layak untuk kita kagumi . Wallahu a'lam (diangkat dari http://www.nuruldahlya.com/2012/08/cara-betul-menggunakan-ungkapan.html)

 
Gambar di bawh ini, seksi, tapi Anti Transparan

4 comments:

Anonymous said...

Dunia akhir zaman....berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang...nabi dah inform 1400 tahun yg dulu yg perkara ini akan terjadi.....insaflah semua(termasuk diriku sendiri).....mai kita pakat2 humban mereka2 yg dok rakus+zalim+kaki2 bodek+ulamak yg kaki mengampu...

Anonymous said...

Sekadar menegur, gambar2 yang tak soleh harap jgn disebarkan. Penggunaan ungkapan MashaAllah sepatutnya dibuat jika nampak perkara yang mengkagumkan atau baik bukan ketika nampak perkara buruk.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih atas teguan tuan-tuan di atas.. Al-hamdullah.

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails