Sunday, September 09, 2012

Ibubapa, Cikgu, K'jaan, PM, Adalah Pendidik-N/Aziz

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ibu bapa merupakan pendidik yang pertama sebelum guru atau pensyarah bagi setiap umat manusia di atas muka bumi ini. Katanya, apabila menyebut pendidik semua akan merujuk kepada guru tetapi terlupa bahawa ibu bapa adalah pendidik yang pertama.

"Ibu bapa akan menyebabkan anak-anak sama ada menjadi baik, nakal atau jahat. Ibu bapa orang pertama jadi pendidik kita," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Himpunan Pendidik Islam 2012 di sini hari ini.

Katanya, Nabi Muhammad selalu menasihati umatnya supaya mencari pasangan yang beragama kerana sudah tentu dia tahu hubungan dengan Allah, suami, mentua dan keluarga. Justeru katanya, senarai pendidik mestilah meletakkan ibu dalam senarai pertama.  Begitulah juga, katanya dalam sesebuah negara di mana kerajaan, perdana menteri dan menteri besar adalah pendidik.

"Perdana menteri rasuah, rakyat tidak ada sebab jadi perasuah. Inilah yang mustahak. Dari ibu, cikgu, menteri besar kepada perdana menteri, adalah pendidik," katanya di hadapan kira-kira 1,000 guru.

Oleh sebab itulah, katanya, ilmu adalah tenaga gergasi yang akan membentuk jiwa manusia. Turut menyampaikan ucapan dalam himpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman.

Tidak lupa juga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said atau Pak Samad turut mendeklamasikan sajak yang ditujukan khas buat warga pendidik. Himpunan Pendidik Islam 2012 merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik kebangsaan (Pendidik) Malaysia dengan kerjasama Unisel dan MAPPIS. (IH/Hrkh)

2 comments:

Anonymous said...

Dalan nasihat-nasihat ade sedikit kutukan. ?haha..haadui,atok politik..

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails