Thursday, August 23, 2012

Sukan Ini Buat Muslimah Belot Pada Agama.

SAADEH memakai sut perlumbaan semasa dia berlatih di Ramallah, Palestin pada 16 Julai lalu. 
SUKAN 
Pasukan lumba kereta wanita pertama Asia Barat
RAMALLAH, Palestin - Seramai enam orang yang terdiri daripada wanita penganut Islam dan Kristian yang berusia 20-an dan pertengahan 30-an bergabung membentuk sebuah pasukan perlumbaan kereta. Mereka merupakan pasukan lumba kereta wanita yang pertama di Asia Barat.

Pasukan itu diketuai oleh Maysoon Jayyusi, 36, dan antara anggotanya ialah Mona Ennab, 26, serta Betty Saadeh, 31. Penubuhan pasukan itu ditaja oleh British Council. Anggota-anggota pasukan itu dicari oleh Ketua Persekutuan Motosikal dan Sukan Bermotor Palestin, Khaled Qaddoura.

Jayyusi, Ennab dan Saadeh pada mulanya menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa tentang kerjaya mereka itu. Namun, laporan akhbar menyebabkan ibu bapa mereka mengetahui tentang kerjaya anak masing-masing sebelum memberi sokongan.

"Saya mahu bertanding pada pertandingan Formula Satu," kata Saadeh tentang cita-citanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sukan yang ditaja oleh British Council.ini merupakan pasukan lumba kereta wanita yang pertama di Asia Barat. Memang hebat bunyinya. Tetapi, melihat kelibat pakaiannya dan aktiviti sukannya di bumi Palestin yang masih dirampas Zionis bangsat itu, ia adalah merupakan tarbiah melalaikan dan membawa kaum Muslimahnya belot dan cabut lari dari medan perjuangan agamanya.

Adakah, ahli-ahli sukan di Malaysia yang masih dijajah pemikiran juga, mempunyai ciri-ciri  begitu? Na'auzubillahi min zalik! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails