Ulama, Menteri Besar dan Imam.
INI adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di   Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.
Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan   sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat   walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari  segenap  penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa  melimpah  keluar setiap pagi Jumaat.
Berdasarkan pengalaman saya  bermastautin di  luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan  ini sangat ‘rare’  di negeri-negeri lain. Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang   dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat.   Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu   dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan   negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.
Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.
Jemaah melimpah ke bibir masjid.
Subhanallah!
sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan
kesihatan yang mengizinkan.
dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika
untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!
keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir
dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!
Bahkan kita kaya! Kaya akhirnya.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah   kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak   sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang   perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam   permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu   berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi.   Itulah Akhirat.
Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.
(Diangkat dari http://muhammadismailibrahim.wordpress.com)














 
 

No comments:
Post a Comment