
TAWAU, 17 Mac 12: Esok hari Tuan Guru akan menyampaikan tazkirah subuh di Masjid Tawau sebelum bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 7.00 pagi.
Setelah sekian lama tidak mengunjungi Negeri Sabah, Tuan Guru Datuk Nik  Aziz Nik Mat  datang ke negeri di bawah Bayu dan mengikuti beberapa  program di negeri ini.
Antaranya yang diatur oleh PAS Kawasan Tawau dan Persatuan Anak Kelantan Perantaun Malaysia (Perakan).
Tuan Guru dan rombongan dijangka tiba pada 17 Mac 2012 jam 2.30 petang di Tawau.
Beliau dan rombongan kemudian akan mengikuti beberapa program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tawau dan Perakan Tawau.
Pada  pukul 4.30 petang Hi-tea bersama Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku  Presiden Perakan Malaysia di Kawasan Ranggu Batu Lapan Tawau yang  dianjurkan oleh Pas Cawangan Ranggu.
Sebelah Malam pula, Tuan  Guru menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Quba Taman Wawasan  sempena program Ramah Mesra Bersama Ulamak.
Seusai  program ramah mesra bersama ulamak, Tuan Guru akan menghadiri Majlis  Makan Malam Bersama Pimpinan Pas Kawasan Tawau, Pas Kawasan Kalabakan,  Perakan Tawau dan Masyarakat Tawau yang akan diadakan di Hotel Emas  Tawau. Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bersama Exco Belia,  Sukan dan Ngo Kelantan Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden  Perakan Malaysia. (Sumber Hrkh)
 
 

No comments:
Post a Comment